Thursday, January 13, 2011

Menyelamatkan External Harddisk / Pendrive

Iklan : Pagi ini Liverpool bungkus lagi.. dengan team polis PULAPOL Blackpool. 2-1

Isu kali ini adalah "Menyelamatkan External Hard disk, Pendrive anda " yg diserang virus dan virus tersebut telah menukarkan semua file / folder anda kepada file "shortcut"

Cuti sekolah yg lalu, external Harddisk saya telah dimasuki virus. Puncanya mudah aje, Sepupu saya (yg hanya tahu menaip assignment tu), telah menggunakan external hdisk saya untuk memindahkan filem Korea. Nak tumpang sekejap katanya.
Sudahnya, berlambak virus dipindahkan sama. Argghhhh

Ingatkan siswi zaman sekarang, dah ada laptop, pandailah nak jaga dengan memasukkan antivirus. Rupanya jahil IT ! Anti-virus yg free di internet pun tiada dalam laptopnya.

Serangan virus memang macam harrramm !!
Semua file tak boleh dibuka. Walaupun virus telah pun di "clean" kan dengan menggunakan Kaspersky mahupun Avira.

Namun akhirnya saya diilhamkan untuk "google" masalah ini, manalah tahu jika ada orang yang telah menulis kaedah penyelesaian bagi masalah ini.


Alhamdulillah. Ketemu jawapan.
Blog ini telah memberi jawapan. Blog tomatocyber

Terima kasih kepada beliau yg membantu saya dalam menyelamatkan external daripada di FORMAT.  Banyak file penting weh. Gile ke hape nak format semua !

Teknik-tekniknya saya "paste" kan di sini :-

( Saya berjaya dengan menggunakan CARA 2, memang jelas penerangan beliau. Sekali try terus berjaya, tanpa sebarang kesilapan. Marvellous  )

Cara 1:

  • Start > Control Panel > Folder Options > View > pilih "Show hidden files and folders" dan Uncheck/kosongkan ruangan "Hide protected operating system files (Recommended)". Tekan Apply.
  • Seterusnya pergi ke pendrive kita, korang sepatutnya nampak fail/folder yang asal termasuklah virus tu sekali (kalau kita belum delete virus lagi la).
  • Delete virus tersebut bersama dengan shortcut yang ada. Kemudian buatkan satu folder baru dan pindahkan data yang berada dalam hidden folder tersebut ke dalam folder yang baru kita buat tersebut.
  • Bila dah siap, delete hidden folder tersebut.
  • Buka Task Manager dan periksa sama ada masih terdapat lagi atau pun tidak virus tersebut di dalam sistem. Jika ada sila right click virus tersebut dan tekan "End Task".
  • Ambil perhatian nama virus tersebut dan buat satu search atas nama virus itu. Delete semua virus yang ada.
  • Apabila semua proses telah selesai, kembali ke Control Panel > Folder Options > View > pilih "Do Not show hidden files and folders" dan tick kembali ruangan "Hide protected operating system files (Recommended)". Tekan Apply.
Cara 2:
  • Pastikan dulu fail asal kita itu telah disembunyikan oleh virus. Jika pasti teruskan:
  • Start > Run > taip "attrib -h -r -s /s /d h:\*.*" tanpa " " dan tekan ENTER.
  • (PERHATIAN: sila ubah 'h' tu kepada drive korang. Tapi bukan yang '-h' tu, tapi yang belakang sekali. Kalau pendrive kita tu e, ubah kepada e).
  • Bila dah siap, periksa kembali pendrive korang, sepatutnya fail/folder yang disembunyikan itu kembali kepada asal.
Selamat mencuba !

3 comments:

abglong said...

perghh..mantap seh pakcu...kalah cina kat kedai komputer endau tu..

Ameen Homestay said...

heh. di mana ada kemahuan..di situ ada jalan keluar...

guru kini perlu mahir IT.

Unknown said...

DAH TRY 2 DUA CARA STILL X BLH N DIA SURUH FORMAT JUGA.BLH TOLONG X.ALAMAT EMEL SAYA yuszaira@gmail.com