Tuesday, January 18, 2011

PTPTN dan UJRAH

Saya adalah peminjam PTPTN.
Berbelas ribu jugak la nak kena bayar semula.
Mula-mula dulu kena caj 4%. ( Sahih riba walau dikatakan kos perkhidmatan )

Selepas itu ramai yg bising. Tak puas hati dengan caj berunsurkan riba tersebut. Akhirnya ia diturunkan kepada 3 %.
PTPTN dan UJRAH

Tapi masih ramai yang belum berpuas hati.
Akhirnya pihak PTPTN ( mungkin setelah mendapat khidmat / teguran drpd pakar perbankan Islamik ) maka caj 3% ditukar kepada 1% dan mengikut lunas Islam yg dinamakan UJRAH.

Bagi yg belum settle kan bayaran tunggakan, maka anda tidak boleh menukarkan 3% kepada ujrah 1%. Settke dulu tunggakan, then baru boleh buku hutang baru / perjanjian baru.

Alhamdulillah. Terima kasih kerana bagi pinjam duit. Dan terima kasih kerana keluar daripada sistem riba yg dilaknat Allah.

Separuh bayaran ? ( Huh bunyi macam tak berterima kasih je orang kata )
Mungkin dalam mimpi atau angan-angan.

FREE. Tak payah bayar ? Itu anda kena tunggu kiamat !

No comments: