Thursday, November 25, 2010

Tiada Hasad. Tiada Dengki. Tabik Lu Bro !

Pagi yg cerah.
Menunggang Kriss ke sebidang tanah di tepi Sungai Tekedai, milik bonda saya . Melihat-lihat jentera berat / JCB ( org kg saya menyebutnya begitu ) sedang meng 'CLEAR' kan belukar. Belukar yg dah nak jadi rimba !

Driver JCB. Masih muda hensem. Saya memanggilnya Kareem.
Berborak-borak pelbagai cerita. Dan Kareem sempat bergurau, dia menyuruh saya mencuba memandu JCB nya.

Pehh, jentera berat ni beb. Saya menolak. Silap tarik gear terbalik JCB tu nanti hahaha. Dan saya sempat juga membalas gurauannya.
" Nanti awak tak boleh cari makan kalau kawan ( saya ) pandai bawak benda nih 
( JCB tu la ).

Si Kareem dengan tenang menjawab
" Takde hal. Itu rezeki masing-masing."

Pehh, jawapan ini betul2 membuat saya terasa nak tabik kat dia. Tabik kiri dan kanan. Kerjayanya sempoi / simple. Bawak JCB tapi minda kelas pertama.
Tiada dengki. Tiada hasad. Sedang di luar sana masih ramai yg bertali leher, berpakaian serba indah tapi kepala penuh sampah sarap !

Dalam kepala otak hanya fikir mahu kasi lingkup dan menjahanamkan orang lain. Bagaikan mahu hidup seorang diri dalam dunia. Dan terus menerus menongkat langit agar kiamat tak jadi.

Sekali lagi, tabik sama lu bro !

**********************************************************************************************
Lain-lain :-


1. Man.U go thru to last 16 UEFA Champions League. And still undefeat. 
Caya la Man.U !


2. Adik Roo score penalty minit 86. Lantak la labu nak score cara mana pun, yg penting kau score. Gaji dah mahal tu score la banyak2 sikit. Jgn makan gaji buta.

2 comments:

Anonymous said...

2 gol budak penggeledah hotel bajet itu musim ini adalah 2 gol penalti. keh keh

PakCu said...

hahaha
tak kesah la..
penalti pun penalti la. Janji, undefeat and go thru..:)

jeles le tuh keh keh keh