Wednesday, October 21, 2009

Nasi Lemak Bungkus vs Roti Canai

Restoran Padang An, U.K - Setelah bising-bising hujung minggu lalu ( kerana makan nasi lemak bungkus di tepi pantai bersama beach ball), En. Rafa Beni sekali lagi terpaksa menenangkan peminat masakan beliau di bawah lampu Lyon neon.

Pagi ini pelanggan setia Restoran Padang An mengamuk lagi kerana En. Rafa Beni berjanji untuk menukar menu daripada Nasi Lemak "bungkus" kepada roti canai kuah banjir. Namun dek kerana tak cukup bahan maka nasi lemak " bungkus " jua jadi hidangan :).

Beberapa orang peminat air tangan En. Rafa Beni menjelaskan kepada wartawan bahawa mereka boleh terima nasi lemak, tapi bukan nasi lemak bungkus ! Apatah lagi nasi lemak bungkus yg tidak cukup bahan dan perasa tambahan.

" Steven Santan tak ada, torres telur rebus pun tiada, mana sedap ?! Lebih baik makan roti canai, tapi roti canai pun dia tak bikin pagi ni. Jangan sampai kami demonstrasi untuk dapatkan tukang masak lain ! " luah peminat masakan En. Rafa Beni yang tidak berpuas hati dengan masakan beliau sejak beberapa minggu lalu.

Diberitakan Tokei Restoran Padang An tempat En. Rafa Beni bekerja sudah mula menepuk dahi dan menyinsing lengan serta sudah mula bekira-kira mencari tukang masak baru.

" Kita akan lihat perkembangan pada hujung minggu ini, jika hidangan nasi lemak bungkus sudah tidak boleh diterima lagi oleh pembeli, maka kita akan cari tukang masak baru. Saya sudah bagi banyak peluang pada dia tapi resepinya masih belum berubah hingga saat ini," jelas Tokei Restoran Padang An, En. Jaws Jilat atau nama sebenar beliau En. Jaws Pisau Cukur.

Gambar Atas : En. Rafa Beni sedang menenangkan peminat resepi beliau daripada bertindak ganas dengan membaling bola pantai dan kerusi malas di Restoran Padang An.

Gambar Kiri : Nasi Lemak Bungkus yg menjadi masakan kegemaran En. Rafa Beni yang sudah mula tidak dapat ditelan peminat resepi beliau.

Pakcu : Alangkah indahnya jika bekas Water Boy ( Pembancuh air ) Restoran Padang An, En. Mirnowen Nawawi dapat menunjukkan kaedah sebenar untuk membuat nasi lemak bungkus kepada En. Rafa, pasti beliau akan mengucapkan jutaan terima kasih :)

p/s : Berita di atas dikutip daripada akhbar Harian Pakcu. Sekian dimaklumkan.

No comments: