Friday, November 13, 2009

Nostalgia dengan Cucu Cicit Pak Wahab


Bulan ini negara heboh lagi. Isu yang terjadi ke atas cucu cicit Pak Wahab. Pemegang panji-panji kesetiaan Pak Wahab.

Saya sebetulnya bukan arif dengan golongan / kerabat Pak Wahab. Tapi bila kecoh-kecoh begini terkenang pula peristiwa tika kembara saya ke Makam Rasulullah S.A.W beberapa tahun lalu.

Setelah mengucapkan dan menyampaikan salam di makam baginda saya terus berlalu keluar dari makam tersebut. Sendirian. Lorong dihadapan makam sesak dengan manusia. Macam-macam gaya kelihatan di situ. Para pengawal makam pula pastinya tidak membenarkan pelawat berdiri terlalu lama di hadapan makam yg menempatkan juga makam Saidina Abu Bakar R.A dan juga Saidina Umar R.A.

Saya terus menapak keluar. Bebas daripada kesesakan. Setelah agak lega dengan persekitaran itu saya lantas berpusing menghadap Kubah Hijau ( di bawahnya Makam Rasulullah S.A.W ). Berdiri agak lama merenung binaan tersebut, maklumlah ia kembara pertama ke bumi penuh berkat itu.

Tidak berapa lama selepas itu ( saya masih memandang ke kubah hijau ) datanglah seorang lelaki berbangsa Arab, berjubah hitam. Muda dan handsome orangnya. Beliau terus menyapa saya dalam Bahasa Arab, bla..bla..bla..( saya beranggapan dia sedang membebel ) manalah saya faham, Bahasa Arab, ana berdarah melayu sheikh hehehe...

Namun begitu daripada gerak badan yang beliau tunjukkan saya faham beliau menegur saya agar jangan berdoa di makam nabi. Padahal saya hanya mengadap kubah tersebut. Bermonolog, kerna hajat untuk menziarahi Rasulullah S.A.W tercapai.
Rupa-rupanya Pak Arab tersebut menyangkakan saya sedang berdoa. Setelah puas memberi teguran beliau terus berlalu.

Itulah sedikit pengalaman saya dengan cucu cicit Pak Wahab. Bagi mereka semuanya bida'ah. Menambah-nambah dalam amalan. Jika saya berdoa sekalipun ia bukan satu kesalahan. Bumi ini, tanah ini, penuh keberkatan. Tempat bersemadi jasad baginda, tapi mereka tidak boleh menerima itu semua.

Begitu juga dengan tempat kelahiran Rasulullah S.A.W, sangat menyedihkan. Ia hanyalah sebuah perpustakaan buruk. Bangunannya sangat uzur. Bagi mereka ( Cucu cicit Pak Wahab ) mendirikan bangunan yg elok di tapak/tempat kelahiran Nabi adalah bida'ah. Memuliakan tempat kelahiran itu bida'ah. Mereka tidak sedih melihat kesan sejarah Insan Agung itu sangat buruk, tidak terjaga kerna mereka tidak mahu ramai orang berdoa dan mengambil berkat tempat kelahiran baginda. Aduh, bida'ah lagi !

Tapi mereka terlupa, Baginda Rasulullah S.A.W pernah memuliakan tempat kelahiran Nabi Isa a.s di Baitul Laham, Palestin. Baginda mendirikan solat 2 rakaat di situ sebelum meneruskan perjalanan Isra' mikraj.

Apakah golongan membida'ahkan orang itu dan ini akan terus kekal hingga kiamat ?
Waallahu a'lam. Moga kita semua terlindung daripada pemikiran yang ekstremis ini. Wahai Cucu Cicit Pak Wahab, sesungguhnya Ahlul Sunnah Wal Jamaah, pegangan kami !

Gambar atas : Tapak rumah tempat kelahiran Rasulullah S.A.W yg dijadikan maktabah / perpustakaan, buruk dan menyedihkan. Apa salahnya dimuliakan tempat ini. Bukan dengan hiasan mewah yg terlalu agung hingga membazir tapi setidaknya biarlah kesan sejarah ini kelihatan terjaga berpagar dan bercat indah. Salahkah ? :(

p/s : Lebih menyedihkan, saya dikhabarkan oleh Ketua Kembara, tapak rumah Saidatina Khadijah dijadikan tandas..:(

Punah ranah kesan sejarah dek cucu cicit Pak Wahab :(
Selawat Syifa pun hang nak pertikai ? Hang memang haghu !

2 comments:

Hans said...

http://al-ashairah.blogspot.com/

abglong said...

pak wahab di tanah arab memang tak boleh harap..tapi tak sama macam pak wahab di tanah malaya ni..cucu cicit semua dah masuk U...heheh