Sunday, November 08, 2009

Penat yang terbayar


1.Camping adalah suatu yg memenatkan, apatah lagi mengelolakan camping. Tapi saya tetap berpuas hati kerana ia berjalan dengan lancar dan jayanya.

2. Peserta camping Pengakap kebanyakkannya ceria. Pada pandangan peribadi, mereka sangat suka camping. Riak wajah excited setiap slot yg dilalui benar-benar meyakinkan saya bahawa mereka memang SUKA camping. Oleh itu penat saya terbayar.

3. Mereka benar-benar menjadi kanak-kanak riang, tambahan pula exam sudah habis. Ada yang sampai mengigau memberi arahan "Baris, baris, sedia ! " Ini juga membuatkan saya dan rakan-rakan merasakan penat kami terbayar. ( gelak sakan mendengar peserta mengigau hahaha ).

4. Walauapapun perkara utama, murid dapat ilmu ( ikatan, pasang khemah, memasak ) dan pengalaman berkhemah.

5. Ye, kami penat. Tapi kami puas hati.
6. Kami akan buat lagi tahun hadapan. :)

***Gambar : Sekawan Kenari, masak sardin sampai hancur ! Tahniah, kalian memang hebat :)

Pakcu : Malam ini nak stay up lagi. Big match Chelsea vs Man.Utd. Hati berat mengatakan saat ini MU belum mampu mengatasi Chelsea. Kalah mungkin. Draw pun dah nasib baik sangat dah tu. Apa2 pun nantikan aje.

Apakah ada lagi episod seperti Kelantan vs N9. On paper, Kelantan kelihatan begitu gagah. Keputusan akhir ? Seantero malaya sudah tahu, tersungkur bersama-sama penyokong fanatik yang masih tak pandai-pandai utk sekolahkan emosi mereka. Nak main mercun balik rumah la woi !

( Kalau saya katakan bahawa yang baling mercun kepada pemain dan penjaga garisan tu BODOH anda setuju tak ? )

Minda kelas 4 ! :(

4 comments:

rafa said...

Fergie menyalak lagi.
FA patut ban Alex sebab selalu membuli referee, kecuali ref kesayangannya iaitu Mike Riley.

:-) Chelsea pun ada ref juga ... namanya Mr. Rob.

mizi said...

ala..rileks la bro..kalah menang adat pertandingan..nanti kalau menang je memanjang, orang cakap main tipu pulak..sekali sekala kalah tu untuk mengelakkan diri dari takabbur..apsal la man u leh kalah ngan chelsea ni pakcu..cuba bagi ulasan dan alasan sikit..

Rusdi Abd Rahman said...

Pakcu,
1. Kenapa komen dalam 'iklan toyota' tak disiarkan? atau memang komen itu tak masuk...?
2. Pujian buat Rooney kerana tidak 'bengkeng dan bengis' semalam di Stamford Bridge, yang 'naik angin lebih-lebih' pula Si Evans dan Fletcher...! Kenapa?

pakcu said...

en.rusdi.
try komen semula la. coz sebelum nih guna haloscan. bila dah ubag template blog saya guan yg blogger.com sediakan. so komen yg lalu xkan wujud lagi.

mizi, yup, mng kalah biasa aje. ancelotti dah start brlagak. dia lupa sejarah rafa agaknya pabila berlagak dgn MU tahun lalu. Dia juga lupa morinho pernah leading 6 point pd thn 2007 tp Mu tetap juara di akhir musim. Dia juga lupa, krismas pun tak masuk lagi, apa brg nak dabik dada jd juara :)

rafa,
Pak alex mmg begitu. Dah tabiat dia. Rafa benitez pun bukan terlalu suci / tak pernah kritik ref..:) insiden ketuk spek masih baru lagi utk di lupa.