Saturday, December 25, 2010

ETIKA berBAJU

Anugerah skrin 2010.
Bikin banyak mata terjojol. Mungkin ramai terpaksa mengutip kembali biji mata yg bertaburan jatuh dilantai
Aziz Satar kata "Naik juling mata" . Itu seloroh beliau.

Yang pasti..pakaian artis sudah setaraf pakaian GRO !
Tahniah. Baju kalian setaraf , cuma mungkin baju GRO murah sikit, baju artis perempuan Malaysia ditaja dari butik2 ternama. Walaubagaimanapun  style nya sama, GRO !


Dato Rais Yatim seharusnya mencontohi Tok Mat.
Satu masa dulu beliau cukup keras tentang etika berpakaian artis.
Search dan Wings antara Kumpulan Rock yg merasa hukuman tidak boleh keluar TV kerana rambut panjang.

Maka apa salahnya hari ini, Dato Rais Yatim, jadi penjaga pakaian artis yg makin hari makin semangat mereka ingin berbogel mendedahkan tubuh badan.

Kuatkuasakan etika berpakaian agar tidaklah mereka naik ke pentas berpakaian seperti bini Flinstones !

Nota Hujung : Apakah mustahil 10 thn lagi artis pakai BIKINI naik pentas untuk ambil anugerah ? 
Nothing impossible.
Flinstones and company. Gaya terkini artis Malaysia.
( Pakaian keTUANan Melayu barangkali ? Ciri-ciri Warga TIMUR dan ISLAM )

3 comments:

shah nizam said...

semoga mereka berpakaian dengan lebih bersopan..kita kan orang islam..

Zaid Akhtar said...

Rais nak jaga baju bini dia dulu

Rusdi Abd Rahman said...

Sdra Pak Cu,
Walaupun Malaysia menang 3-0 (sepatutnya 4-0 / 5-0) lawan Indonesia tetapi rasa kecewa kerana Malaysia berjersi biru; bukankah Malaysia tuan rumah...?
Pakai jersi biru dikatakan ada tuah itu boleh dikategorikan fahaman pesong atau salah akidah...?