Monday, July 20, 2009

Sayang Man.U, CINTA MALAYSIA !

Agak lewat menulis pengalaman ke Stadium Bukit Jalil tika menyaksikan Harimau Malaya menentang Juara BPL 2008/2009 Manchester United. ( Menulis bukan boleh dipaksa-paksa, datang keterujaan baru la seronok bercerita )

Sebetulnya saya berbelah bagi untuk ke sana apatah lagi perkhabaran awal yg diterima daripada rakan2 di KL, tiket SOLD OUT ! ( Ramainya peminat MU ye ? ) Rupanya perkhabaran itu tidak benar, tiket masih ada lagi dijual. Tiket paling murah la, rm58. Tiket rm308, 98, 68 memang sold out.

Tiba di KL agak lewat, maghrib baru baru berada di tengah bandaraya. Sahabat saya En. Sirap telah menunggu di pejabatnya di Jalan Raja Laut. Sasaran kami adalah MidValley. Tiket dijual disana.

Akhirnya setelah melilau, kami dapat juga membelinya ditingkat paling atas, tingkat 4 barangkali.

Pagi Sabtu kami melilau di Pertama Kompleks dan Sogo.

Jam 4, menunggang motor bersama Sirap. Sedia maklum kalau dah tiket sold out, kebarangkalian jem adalah sangat tinggi. Telahan kami benar, kereta berderet merangkak dijalanan menuju Bukit Jalil.Tiba di Bukit Jalil, sepupu saya sedang menunggu ( tiketnya pd saya ) dan kami melangkah masuk sebagai teman MU tetapi kekasih Malaysia :)

30 minit sebelum perlawan sebagaimana, kesemua pemaian ( Malaysia dan Man.U ) membuat latihan memanaskan badan. Tepukan gemuruh serta jeritan membingitkan setiap kali pemain-pemain Man.U melambaikan tangan kepada para penonton.

5.45 ptg, perlawanan bermula. Sorakan penonton bertali arus. Terasa seperti di Old Trafford la pula haha, stadiam dipenuhi dengan penonton berbaju merah. Hanya 1 peratus berpakaian kuning.

Tidak perlu mengulas lanjut berkaitan gold an perlawanan ini. Saya bersetuju dengan En. Rusdi ( blog RAR ) yg mengatakan MU bermain atas tiket / tujuan melancong. Bagi saya perlawan itu hanyalah Entertainment Game. Sekadar utk menghiburkan para peminat dan juga menjaga aib tuan rumah.

Pemain MU lebih gemar bertukar-tukar hantaran berbanding melakukan penyudah. Wayne Rooney bagi saya kerap bermurah hati utk tidak melakukan rembatan deras sebagaimana biasa walaupun mempunyai banyak peluang . Begitu juga dengan Nani. Bagaimanapun pujian harus diberikan kepada farizal Alias ( Goal Keeper ) yg Berjaya menyelamatkan rembatan Scholes dan beberapa percubaan pemain lain.

Patriotik ? Jika ada yang menuduh penonton yang ke stadiaum tidak patriotic, rasanya ia tidak berapa tepat. Saat pemain Malaysia Berjaya melepasi kawalan / memperdayakan pemain MU dgn gerak badan lincah penonton sgt sporting memberikan tepukan dan jeritan. Begitu juga tika saat Malaysia melakukan serangan stadium gegak gempita dgn sokongan mereka walaupun berbaju merah. Apatah lagi tika meraikan gol-gol Malaysia, penonton majoritinya menjerit kegirangan, bangun dari kerusi bagi meraikan gol walaupun di dada baju berlambangkan MU :)

Malam ini, perlawanan kedua bagi menggantikan aksi yg dibatalkan di Jakarta. Sama-sama kita saksikan di Astro 811, ( harap2 ada ehsan drpd astro )apakah keputusannya kali ini.

Pakcu : Terserempak dengan penonton dari timur tengah. Saya merasakan dia wanita dari Iran. Berjubah hitam, bertudung labuh hitam, hanya mata yg kelihatan. Namun yg paling menarik adalah terdapat ikatan kuning dikepalanya bertulis MALAYSIA ! Sayang saya tidak terlintas di hati mengambil gambarnya ketika itu.

Berbaju putih ( Neutral haha ), baju Umbro / Sharp, old school ni sudah lama terbiar dlm almari. Saya beli di Al-Ikhsan Bukit Bintang tika gila mengumpul jersi di zaman muda-muda dulu :) Tunggu sale baru beli la, naka beli new arrival, rabak poket ! Nak pakai baju Merah Nike tidak tergamak lantaran sahabat saya, Si Sirap acap benar meratibkan ayat ini " Kau nak pakai baju lambang kekufuran tu ?" haha maka kami sama-sama memboikot Nike ! Say no to Nike / Dewa Kejayaan bangsa Greek.

No comments: