Thursday, April 08, 2010

Semua pemain saya adalah penduduk bumi-Sir Alex

Info dari bilik media Old Trafford


Sir Alex terpaksa akur, demi menyelamatkan MU daripada disingkirkan drpd Liga Juara-Juara Eropah buat selamanya. Atas beberapa alasan berikut :

1. Terdapat desas desus yg mengatakan UEFA mahu mengheret kesemua pemain MU ke makmal bagi memastikan mereka benar-benar manusia / penduduk bumi.

2. Kadar penyembuhan Rooney yg terlalu pantas ( Bomoh patah mana dia pakai ? )
menambahkan bahang spekulasi bahawa MU memang berasal dari planet lain.

3. Pemain MU kelihatan cergas sepanjang perlawanan walaupun bermain dengan 10 orang. ( 2 gol untuk 7 minit pertama, gila ke hapa ? )

Bagi mengelakkan penyingkiran secara total kerna kemungkinan ke Final utk 3x berturut-turut amat cerah serta mengurangkan kepercayaan sesetengah pihak bahawa MU terlalu kuat maka Sir Alex mengambil keputusan utk berundur daripada Liga Juara-juara musim ini.

Ia juga bagi mengelakkan pasukan-pasukan desperate di BPL mengambil kesempatan ke Liga Juara sekiranya MU diharamkan ke Liga Juara musim depan.

Sekian. Dari bilik media Old Trafford.

***Selamat maju jaya buat Barca. 
Tuai padi antara nampak, esok jangan layu-layuan. 
Intai kami antara nampak, esok jangan rindu-rinduan :)
Liga Juara Tahun depan jumpa lagi. Liverpul Man.City, nak join ke ? Mai la ! heheh

p/s : Komen jujur : Robben your volley was very superb.

7 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Pak Cu,
Tahniah atas kemenangan 3-2 itu tapi peraturan tetap peraturan...!
Pasukan merah kini tumpu piala EPL (selepas juara piala kelas ketiga - piala Liga), saingan yang dinantikan menentang pasukan jiran Man City..., pasti Tevez buat sesuatu nanti... sama-sama kita tunggu dan lihatnya...

Zaid Akhtar said...

Hahaha.
Sebenarnya MU@Alex nak main psiko.
Tapi tak menjadi. Nak buat teka-teki, tapi tak dilayan oleh Van Gaal.

Rooney kononnya macam injured teruk sangat, tapi disebutnya 3-4 minggu. siap bertongkat lagi. Kemudian 40% fit, tub tub lagi sejam diumumkan boleh bermain.

Rekod comeback MU dlm CL sebenarnya teruk, hanya menang sekali (masa lawan Roma 2007). Yang lain2 tu, kalau dah kalah 1st leg, memang tak ada harapan nak ke next stage.

akureformasi said...

Bukan volley.. Tapi first timer.. Camane dia buat tu..?? Huh.. Tapi gol tu memang superb walaupun "sakit" tengok..

Zaid Akhtar said...

Volley? 1st timer?
Teknik tendangannya itu volley. Dan dilakukan secara first-timer (tanpa teragak-agak atau sebarang sentuhan terdahulu).

Ameen Homestay said...

pak alex kan kaki psiko...:)
actually masa game lawan chelsea runi tgk kat cermin ..then blah masa gam nak tamat.. x nampak pun dia berdengkot2 pakai tongkat.kuar terus macam dah sehat je..just not fully fit.

tp game semalam memang berkualiti.
mu spirit. atack and atck..keep on pressure..kalau x kerna si mamat rapael tu..lom tentu bayern bleh ctrl game. pulang naik lori barangkali.

but the youngster not mature yet n so stupid. arghh ...

Zaid Akhtar said...

Bukan salah Rafael sebetulnya.
SAF memang lupa @ sengaja buat-buat lupa, Olic skor masa MU masih ada 11 pemain. 1st half lagi tu. Lainlah kalau dua-dua gol datangnya selepas sent-off.

har har har. bakar kelambu jom!

Ameen Homestay said...

bro..olic punya gol tu serangan ke berapa masa 1st half ? julung2 kali punya atck, nak masuk petak D pun depa azab...

rapahel jg ribery dgn cemerlang..cuma dia sengal coz lesen kete pun xde lagi ku rasa..

apa2 pun Mu tetap terbaekk mlm tadi...!