Thursday, July 29, 2010

G-Shock Saya Yang Masih Sihat

Kali ini saya mahu berkongsi cerita tentang jam dinding tangan.

1. Jam pertama saya yg dihadiahkan bonda adalah ALBA, kecil. Bertali kulit berwarna hitam Hanya bertahan selama 3 tahun. Seingat saya ia di rembat di curi orang ketika rumah saya mengadakan majlis kenduri kahwin. Datang kenduri atau datang nak merampok ? Hampeh betul.

2. Bonda saya yg penyayang lagi baik hati menghadiahkan jam kedua. Seiko. Kecil, comel.  Besi. Dalaman berwarna putih manakala jarumnya hijau flourescent. Terang di malam hari. Memang cantik. Tika itu saya baru berusia 10 tahun. Sayang ia tak bertahan lama. Atas kelasakan saya barangkali. Anak jantan baru nak membesar bukan faham jam tak boleh lasak sangat. Heh :)

3. Seterusnya pabila masuk sekolah menengah, memandangkan saya tidak pandai jaga jam, bonda membelikan jam murah aje. Jam pasar malam. Jenama ? Mamona. Macam nama pelakon aje haha. Tak sampai RM50 pun. Biasa la jam murah. Lama-lama hancur juga. Masuk air dan sebagainya.


4. Akhirnya pabila melanjutkan pelajaran ke IPTA, saya beli jam sendiri. Jam idaman sejak sekolah menengah lagi. Jam yg sering saya lihat di majalah sukan ( Majalah Arena ketika itu ). Jam yg menjadi pujaan.  Jam digital. CASIO G-SHOCK !
Ia di beli di Kedai Jam Pertama di Pertama Complex, KL ( terima kasih pd sahabatku Chingai @ Hasif Rafidee, yg memperkenalkan kedai jam itu )


5. Tarikh beli 21 Jun 2001. So tahun depan kalau jam nih boleh bersekolah, dah darjah 4 dah nih :). Bertahan ia sehingga ke hari ini. Hampir sedekad.t. Jam yg berasal dr Jepun ini ( tp kilang di Malaysia ) sangat gagah. Sesuai dgn namanya G-Shock. Anti-gegaran. Boleh di bawa menyelam sehingga 200 meter.
Hanya perlu tukar bateri dan tali getahnya bila ia putus.
Sangat sesuai utk ahli sukan dan yg suka campak jam. Jangan bimbang ia tidak memberi sebarang kesan pun. Kecuali jika dicampak dalam api. :)

6. Jam ini membuatkan saya hampir sedekad tidak beli jam. Dan saya setia dengannya. Hinggakan bonda saya juga menyedari,  jam saya dah terlalu lama tak berganti. Tahan sungguh !

7. Saya rasa, saya akan setia dengan jenama ini. Nampak sporty gitu, kerna saya rimas imej eksklusif. Jam besi berkilat mcm Pegawai Daerah. Try campak / terjatuh, cuba tengok, berderai atau tidak cerminnya ? :)

Itu sahaja catatan saya berkaitan dengan jam. Jika ada yg mengatakan ia tidak sesuai dengan usia.." Err..aku peduli hape?! " hahaha
Moga-moga jam saya ini terus sihat.

*** Selain drpd jam yg tersebut di atas, saya juga pernah menggunakan jam seiko 5 tika sekolah menengah. Pemberian Bapa saudara kerna dia nak beli jam lain. Dah bosan agaknya. Dan jam itu turut jahanam di tangan saya. Kena air masin. Masuk air.( Memang la saya tak pandai jaga jam. ) :(

p/s : ayat dah macam duta casio la pulak. Tidak mengapa. Yg penting jam ini memberi kepuasan buat saya saat memakainya. Titik !

1 comment:

Rusdi Abd Rahman said...

Sdra Pak Cu,
Saya pakai jam jenis Casio bertahun lamanya tapi kini sudah tidak pakai jam bukan kerana Casio itu rosak (tetap masih hidup) tapi skru talinya yang patah... tiada kedai boleh sambungnya...