Friday, July 16, 2010

Man. U New Kit

2 bulan tanpa sebarang coretan. Peh ber "uzlah" betul nampaknya.
World Cup sepatah haram tanpa komen. World Cup Fever. So jika dah Fever mana boleh komen. Selimut je depan TV. Diam-diam. Biar TV tengok kita :)

Apa-apa pun. Ini dia Kit terbaru Man.U
Teruja la pulak nak membelinya. Mahukan yg original , jika dikirimkan pd kawan yg sedang study di sana maka kosnya adalah 45 pound sterling bersamaan
216 hengget !

Oleh itu lebih baik ke Rantai Panjang saja. Paling mahal pun RM 30 je. Tapi tak tahu la selepas minyak naik, gula naik nih jersi yg 30 dah jadi 50. :) Maklum la, driver lori bawak jersi pun minum air manis jugak. Lori dia pun belum pernah di isi dengan air masak, semua pakai minyak beb !

Ingin ke al-ikhsan ? Huh, lagi mahal, RM259. Kau gile ke hape ?!
Pilihan terbaik, Rantau Panjang, kedai paling hujung dekat selekoh dan yang sederet dengannya :)

Pakcu rasa kit kali nih ;
1.Ada kolar maka boleh buat masuk majlis  :)
2.Ada lakaran / stripes di belakang macam yg ada pada body Ultraman. Macam sudah tidak boleh dipisahkan MU dan Ultraman :) Gagah gitu !

3.Still hodoh dari sudut tulisan penajanya AON. Sebuah syarikat insurans. Buruk siot. Kalau tulisan aigo tu hensem la jugak. :(  ( Peduli apa kalau dah nak beli tu kan ? )


Tapi masih OK la kan daripada terpampang jenama carling. carlsberg, mansion, :)

4. Baju tak penting, yang penting jadi juara lagi. Try to be the first ever club who won BPL for 19th times !
Go Man.U go !

6 comments:

Nanie Harris said...

AON? hahaha...best lg standard charted...cam standard jer dengar...

Zaid Akhtar said...

Jika bagi free pun aku tak mahu.
Macam jersi Charlton Athletic aja. Agaknya Alan Curbishley nak ganti Pak Alex kot tak lama lagi. Hahaha.

Nike memang dah muflis idea nak bagi jersi nampak menarik.

Standard Chartered juga yang standard.

Ameen Homestay said...

heh. sapa pulak nak bg free ?
apa2 pun jersi ini 13 peratus lebih ringan dr season sebelum nih. Cepat kering la kiranya.

Design tu no.2. Nampak baju ensem tp main buruk / loser buat apa ?

standard belum tentu standard :)
pak alex / mu board hanya sudi bagi post manager pd Jose mourinho aje. Yg manage club takat piala liga tak mahu mereka :)

Rusdi Abd Rahman said...

Sdra Pak Cu,
Terbaca dalam akhbar KOSMO pada Ahad lalu bahawa jersi Man U ini antara jersi yang 'dilarang dan haram' dipakai...?

Ameen Homestay said...

heh. no.komen tentang hukum.
saya tiada autority.
tp memang kelihatan melampau bg peminat brazil dan potugal. Terang2 salib di dada.
bab setan tuh, muka setan memang mcm tu agaknya..?

syuk said...

Aku pun setuju dgn pandangan pimpinan2 ulama kita.. aku ada terbaca kenapa Islam lemah adalah kerana umat Islam sanggup menyanggah arahan2 dari ulama, tak seperti umat Kristian, Yahudi, Hindu dan Buddha yg menghormati ulama mereka...

Kalau umat Islam terus-terusan memperlekeh ulama sendiri, sampai bila orang kafir akan ada rasa hormat dan tertarik dengan Islam?