Thursday, February 17, 2011

Bikin Kebun

Cuti panjang hujung tahun lalu ( para guru memang cuti panjang melampau hehe )
Oleh kerana lama sangat duduk melepak kat rumah maka saya turun ke tanah lapang bonda bagi mengeluarkan sekalian peluh jantan.

Apa lagi, bikin kebun la. Tanah seluas 2  ekar telah diratakan oleh jentera berat bercangkuk di belakang macam scorpion tuh. Org Kampung saya panggil JCB.

Bukan bikin apa sangat pun. Tolong-tolong angkat kayu. Susun kayu untuk didirikan pagar sekeliling tanah 2 ekar itu.

Jauh berbeza dengan orang zaman dulu. Pada perkiraan saya tanah seluas 2 ekar, jika mahu di "clear" kan belukar siap pasang pagar..kurang-kurang sebulan baru siap. Tapi dengan JCB, hanya beberapa hari sahaja. Tak sampai seminggu pun !

Mahu bukti ? Lihat gambar-gambar ini la !

>>>Tak payah gali lubang lagi untuk bikin pagar. Pegang je kayu dan JCB akan tekan sampai kayu tiada goyang lagi.

>>> 2 ekar tanah..angkut kayu pagar tidak perlu sengal bahu lagi. JCB ada :)

>>> Ini pulak, teknik bikin perigi. Tak sampai 30 minit. Beres. 3 kerek ( konkrit bulat bersimen ) disusun bertingkat. Air mata air terpancar. Jernih.

OK. Itu sahaja. Teknik bikin kebun berserta perigi.
Akan datang kita jika ada bahan, expose pasal sawit pulak. Sawit dan getah mahal sekarang ni beb !

No comments: