Wednesday, December 23, 2009

Brader, lu nak beli barang ?

Seorang pemuda baru turun dari bas, melilau sekitar puduraya. Puas membelek akhbar komik pula dibeleknya. Akhbar membosankan. Berita biasa. Politik juga memualkan.

Dalam melihat-lihat suasana hiruk pikuk di puduraya dia ditegur oleh seorang pemuda. Agak selekeh. Aduh, sahih mat gian. Atau mamat ni gila ?
Ingin angkat kaki, tapi lengan pula digenggam kemas.

" Apa hal mat ? "
"Gua nak jual barang, lu mau angkat ? Murah je."
"Gua tak minat la."
"Tengok dulu bro.."
"O.K la, apa dia ? Gua dah lambat nih."

Dengan perlahan sekeping gambar dikeluarkan


" Apa benda mat ?"
" Ni la gua nak jual, lu nak angkat, ada berani ?"

"Poskad ni ? Takpe la gua tak minat."
"Bukan la bro, gambar dalam poskad ni la..Hahaha "


Cheh, kurang ajar. Aku pulak kena main.
Berdiri dan terus ingin beredar. Tawa mamat berpanjangan.
Belum sempat melangkah, mamat penjual poskad menegur lagi,

"Bro,gua dah 3x kena angkut masuk lokap pasal mencurik kat sini, gua curik barang biasa je, kecik aje, bukan besar enjin jet,tak sampai pun 50 juta tapi kena tangkap gak hahaha.."

Seorang pegawai kerajaan yang memasang telinga sejak awal lagi kelihatan menganggukkan kepala.
Perlahan membisikan ke telinga pemuda,
"Orang gila pun tahu menilai, malu kita..."

Pakcu : Orang gila pun pandai buat jenaka. Sinikal.

3 comments:

accudo said...

Helo Bru,

Pasal lu tak beli itu barang. Dulu mahal...juta, tapi sekarang dh murah...timbang kilo. Ramai orang terkam besi buruk sekarang sebab nak beli enjin jet bro.

Anyway sian lu, dipekena dek mamat tu...huhuhu...lulu....lu anak Malaysia ke ? Mallu !!

Rusdi Abd Rahman said...

Pak Cu,
Tak tahulah 'barang besi' itu sebesar dan seberat kereta Kancil pun boleh hilang... inikan pula 'helaian kertas bernilai' yang boleh diambil begitu sahaja.

abglong said...

err..kapal selam yang baru tu ada jual tak? kirim satu boleh?..senang skit nak berulang dari sabah-semenanjung..parking kat sungai endau..hahaha