Saturday, October 30, 2010

Piala Malaysia 2010


Sebuah Final ulangan
Sokong team mana ? Biasalah, saya tetap dengan Johor FC.
Oleh kerana Johor FC tersadai di semi final, maka saya lebih berminat menyokong pasukan yg kempunan tahun lalu !

Kelantan pulang hampa setahun yg lalu. Biarpun penyokong yg berbaju merah ini sudah menjadi lautan manusia di stadium. Menyenggol saki-baki peminat Negeri Sembilan ke sisi. Namun N. Sembilan pula yang pulang bangga bersama Piala. Tersenyum, gah.

Kali ini biarlah Kelantan pula merasai nikmat juara. Asyik team yg sama julang piala, boring juga. Untuk itu, Go go Kelate. Gomo Kelate gomo :)

Nota Hujung : 2-1 predict cuma. N9 fans jangan la marah :)

No comments: