Sunday, May 30, 2004

CUTI

Cuti sudah bermula. Waktu rehat untuk insan2 bergelar GURU. Ini adalah salah satu faktor aku menyukai bidang ini, cuti banyak !

Sepatutnya petang Khamis lagi aku dah berada di rumah. Sekolah aku cuti awal sehari kerana ada Kursus 60:40 utk SPM candidates..seluruh Daerah Rompin. So, sebagai tuan rumah maka kami ( warden2 ) kena jaga asrama dan sediakan keperluan utk peserta.

~Hari ini juga, 2 sahabat aku melangsungkan perkahwinan.
Seorang di Machang Kelantan dan seorang lagi di Muar Johor.
Tahniah buat Linda (KMR) dan suami ( Md Fadzil ). Moga bahagia ke anak cicit.
Sorry Linda..rumah enti jauh sangat le :)

Buat Julie & Maslan...selamat bina tiang rumah..moga ia tetap utuh hingga ke akhir hayat. Maaf la tak dapat hadir majlis, 60:40 punya pasal la ni.

HADIAH ?

Di bawah ni ada petikan akhbar Berita Harian. Baca sendiri la..
Sekali lagi Orang PAS dan BA dapat bola tanggung.
Ada org PAS yg kata " Tahniah kepada para penyokong Barisan Nasional di atas sokongan dlm pilihanraya lalu, hadiah utk anda tol 10 %..moga sekongan ini dpt dikekalkan." ~sambil tersenyum.

Aku..? Penduduk desa..mana nak terasa sangat sebab takde Lebuhraya kat sini. Tapi bagi yang duduk di bandar especially KL & Seremban..boleh gugur rambut dibuatnya..:)

KUALA LUMPUR: Kadar tol Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) bagi semua kategori kenderaan akan dinaikkan sebanyak 10 peratus berkuat kuasa 1 Januari 2005.
Pengerusi Plus Expressways Bhd, Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim, berkata kenaikan kadar tol 10 peratus itu sudah mendapat kelulusan dan diwartakan oleh kerajaan.

“Jadual kenaikan kadar tol lebuh raya itu sudah dilulus dan diwartakan kerajaan serta akan berkuat kuasa mulai 1 Januari tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Plus Expressways di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini semalam.

Turut hadir Naib Pengerusi Eksekutif Plus Expressways, Datuk Abdul Wahid Omar dan Pengarah Urusan Plus Expressways, Datuk Idrose Mohamed.

Kali terakhir tol lebuh raya Plus dinaikkan ialah pada 1 Januari 2002, juga pada kadar 10 peratus selepas kerajaan meluluskannya pada 2001.

No comments: