Wednesday, October 13, 2010

Tokei Dinar Emas

Seminggu dua ini, saya merapatkan kembali jalinan ukhwah yg telah lama terputus dek kerana faktor geografi. ( Kini beliau di Pulau Pinang )

ZaizulAkmar.  Sahabat lama saya tika di sekolah agama petang ( Johor )
Sama-sama di darjah 6. Umur saya 12thn manakala beliau 15thn.

Bagi saya dia "Abang"  senior yg perihatin lagi boleh diharap. Melindungi saya drpd dibuli budak-budak sebaya saya. Saya ibarat pendatang asing di situ kerana bersekolah kebangsaan di Kampung saya, sedang sekolah agama pula di bandar Endau.

 Macam-macam kami belajar.
Ilmu Ibadat, tauhid, jenayah ( rejam, potong tangan, sebat, takzir..),
faraid ( bagi harta ), muamalah ( bizness ), munakahat ( nikah kawin hehehe ), Bahasa Arab, tafsir.
( Cuma tak jadi Ustad je lagi, walaupun tepung kastad kerap dimakan bila menjadi puding :) )

Bagus sekolah agama petang di Johor nih ?  Bagus memang bagus cuma aplikasi dalam kehidupan je kurang. Kami belajar ilmu jenayah, hukuman zina rejam / sebat. Tapi alam nyata bayar denda aje. Settle !
Bak kata dato Ismail Kamus Al-fulus sufiddunia, wal mampus fil akhirah !

Kami belajar muamalah, hukum jual beli, jangan ada riba, tapi riba berada dimana-mana. Tempias terkena juga.
Kadang bertanya juga, apa makna ilmu yg kami pelajari ?
Ada nilai ? Atau ianya Rubbish ? ( Lama-lama ilmu ini pupus juga ). Siapa yg harus bertanggungjawab ? Akhirat nanti pakat-pakat jawab la kita.

Itu kisah lama. Antara saya, dia,dan sekolah agama petang Johor. Kisah pada tahun 1992. Kisah hari ini, beliau telah menjadi TOKEI Agen Publicgold.
Pehh, jual emas beb !

Apa-apa pun tahniah la buat saudara Zaizulakmar Zainuddin.
Kalau dah terlebih sangat kepingan dinar tu, hulur-hulur la pd ex-adik junior kau ini :)
Kenang daku dalam dinar mu ! :) 


Nota hujung : Jika mahu mencuba beli dinar, apa salahnya kan ? Saham amanah still go on. :). Tuan-tuan juga boleh mencuba.

3 comments:

Nanie Harris said...

mmg impian aku ni... x sbr nk tunggu citer dr ko...

Ameen Homestay said...

heh. Gua pun.
Saham dan dinar. Nak try jugak separuh-separuh.
Kena pulak saham makin naik nih. Lu kena cepat beli bro sebelum dia terus naik. Nak tunggu turun mungkin kena tunggu ekonomi Malaysia / dunia drop mcm thn 2007/08 la..

Nanie Harris said...

aku dh jumpa agen kat JB...mmg aku nk beli dlm bln ni gak...

ko tu bila lak nk uruskan PM aku? huhu...x sabar ni...