Saturday, April 17, 2004

Ahad, 11 APRIL 2004.
9.30 pm
www.mypakcu.blogspot.com

BLOG

Assalamualikum wbt.
Jika ditanya kenapa suka sangat tukar nama ? Sebabnya ? Saja suka-suka ! 

Dengan penukaran nama ni ( Yg rasanya tidak akan tukar lagi selepas ni ) maka aku terpaksa menyusahkan sahabat aku merangkap bekas rakan serumah dan sepersatuan.
( Sebantal ? Secarpet ?  ) suatu masa ( M.Nasir ) dulu…
Suka benar menyusahkan dia ni. Tak mengapa, sebab dia rajin 
aku sebenarnya baru terfikir..dengan sumber IT yg terbatas mana mungkin Blog ni di update selalu. Kalau cerita sudah expired buat apa nak diulas lagi kan ?

Untuk itu cara yg terbaik adalah..taip dulu kemudian update selepas beberapa hari di cyber cafĂ©. Walaupun CC di daerah Rompin ni aku dimaklumkan kadar “LEMBAB”nya boleh tahan juga. Tapi itulah pilihan yg ada.
Lab Komputer sekolah entah bila boleh berfungsi. Mahu tunggu runtuh duhulu baru boleh berfungsi barangkali.

Tiada kisah menarik hari ini. Cuma ketika di rumah tadi hamper 5 jam ( Agaknya )
Sambil melawati laman web sempat juga chat dgn sahabat2 yg dah lama tak jumpa. Siapa lagi kalau bukan pemilik Kriss JFP. Encik2 sekalian pasti tahu. Kisahnya En.JFP dah dapat kerja sebagai pengumpul data di Jabatan Buruh. Tahniah la sahabat. Moga kekal di sana dan cepat2 salam dengan Tok Qadhi 

GANAS

Sebut perihal ganas maka yg kita akan temui hari ini adalah kisah remaja Malaysia yg semakin hari semakin BRUTAL. Belasah membelasah sudah sampai tahap kronik. Ngeri mengenangkan mangsa pecah sana sini. Organ dalam pun boleh rosak ?
Di mana silapnya ? Sama-samalah kita muhasabah@post mortem. Seganas-ganas High Council di sekolah2 elit zaman dulu rasanya belum ada yg mati. Hari ini ?


Jumaat, 15 April 2004
10:09 a.m

KISAH SEMALAM

Semalam masa utk pengajaran hanya ada 3 aje. Rehat amat. Duduk sekejap di Pejabat, Boss & Mahaguru masih berbincang tentang kes panas semalam. Kes gaji kami la. Aku tak ambil pusing sangat. Tapi kasihan juga dgn rakan2 GSTT lain. Tak tahulah di mana silapnya gaji kami lewat sangat masuknya.

Jumaat ditunaikan di Masjid Leban Chondong. Ada bas SMKAS di sana. Apa pulak yg dibuat oleh anak murid Zaid Akhtar ni ? Abaikan saja.
Selepas Jumaat sekita jam 3 pm. Ke bilik B & K utk bertemu Tok Guru. 
Buat apa ? Sedikit muzakarah,siapakah “aku” sebenarnya ? Aku, engkau dan kita !


No comments: