Tuesday, January 26, 2010

Dia serang lagi...

Inilah akibatnya hanya tahu makan. Masak tak tahu :)
Sarapan pagi di kantin. Sudah jemu dgn nasi lemak, mengubah selera pada lontong. Hirup aje la..
Akibatnya, diserang selsema plus bersin plus mata gatal plus hidung gatal plus emosi tak stabil. Adei..


Rupanya dalam kuah lontong ada udang. Sesungguhnya hamba sangatlah sensitif dengan  makhluk ciptaan Allah itu. Juga sensitif dengan sepupunya iaitu En. spongebob Crab. Kuman-kuman resdung yg sedang lena terus bangkit, bersenam secara aktif. Menyerang penuh nafsu.
Formasi 4-3-3, 4-4-2 dan 4-2-4 pun ada.Ya tuhan, gatalnya hidung hamba ini.


Nampak gayanya kena kembali istiqamah dengan ubatan herba HPA. Pil senggugut kapsul :)
1. Coscinium Plus
2. Roselle
Moga dikurniakan kesembuhan oleh-Nya. Ameen..

6 comments:

akureformasi said...

Ahaha.. Promosi percuma.. =p

Zaid Akhtar said...

Kata orang, ubat resdung paling mujarab adalah KAWIN.
hahaha.

mohamadkholid said...

begitukah Zaid? Baru saya tahu...

abglong said...

betul cakap abg ya tu..kalau kawin, resdung pun hilang..duit utk beli pil tu, kalau dikumpul, dah cukup sangat buat hantaran..hahah

PakCu said...
This comment has been removed by the author.
PakCu said...

terima kaseh atas nasehat dan saranan bernas kalian. akan diusahakan la huhuu
duit beli pil baru 35 hengget. ko gile ke hapa ablong nak kawen 35 hengget hahaha..