Thursday, January 28, 2010

Wasiat Rasulullah S.A.W bagaimana pula ?



sila baca sehingga habis...dan tlg sebarkan kepada seberapa byk org Islam yg boleh... Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad Maeine (Saudi Arabia). pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di makam Rasulullah SAW selepas membaca lalu hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun yang matinya dalam keadaan beriman. (a)isteri tidak mendengar kata suami. (b)orang kaya tidak................

1. seorang saudagar dari bombay telah menerima surat ini dan beliau telah mencatak sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepada orang lain, dia kemudiannya dianugerahi Allah dengan mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaannya. 2. seorang hamba Allah telah menerima surat ini tetapi tidak mengendahkannya dan menganggap wasiat ini palsu, maka selang beberapa hari kemudian anaknya meninggal dunia..........

Banyak lagi contoh-contoh orang yang menerima wasiat ini tetapi tidak mempercayainya dan tidak mengedarkannya atau menyampaikan kepada orang lain. dimana mereka mendapat malapetaka. setelah kejadian yang menggembirakan dan menyakinkan ini anda jangan lupa menyampaikan 20 salinan wasiat dalam masa 96 jam dari masa anda menerimanya..

Pasti ramai dikalangan kita yg pernah menerima sms / e-mail seperti ini.
Maka dengan rasa penuh takut campur tanggungjawab campur jahil maka kita pun terus mengedarkannya...

Allahhurabbi..
Tiada apa yg ada di langit dan di bumi mampu utk mencelakakan atau menguntungkan kehidupan kita melainkan Allah jua.

1. Penting benarkah wasiat yg tidak diketahui mana punca/ kebenarannya ini ?

2. Sahabat-sahabat, pernah membaca khutbah/wasiat terakhir Rasulullah S.A.W ? Khutbah sebelum kewafatan baginda. Jika belum boleh klik di sini dan sini
Sesungguhnya dalam wasiat terakhir itu tiada pula Rasulullah S.A.W mengugut / me "warning" / sekiranya tidak disampaikan wasiat baginda maka kecelakaanlah akan menimpa. Baginda hanya berpesan, sila sampaikan wasiat baginda kepada mereka yg tidak hadir ke perhimpunan di Padang Arafah tersebut.


3. Cukup-cukuplah kita membiakkan perkara khurafat seperti ini.

4. Moga kita semua senantiasa berada di bawah rahmat-Nya. Dijauhkan daripada perkara-perkara yg menyesatkan di akhir zaman ini. Ameen.

>> Gambar padang arafah diambil drpd  faizatul.wordpress.com

>>Gambar Luv Muhammad diambil drpd azansubuhkhamis.blogspot.com

2 comments:

Sazili Mohd Nor: said...

Woi geng, bila nak kahwin ? Nanti tak ada tempat nak wasiat !!! Huhuhu..

Kee dah kahwin ? Ah....biar betol !

PakCu said...

apa kena mengena plak posting kali nih dgn kawen. bro.sazili silap tajuk nih hehhe.

nak wasiat boleh aje..rumah anak yatim ada..maahad tahfiz ada :)