Tuesday, March 09, 2010

Tiada Keyakinan Lagi

Nampak tajuk mcm negatif benar. Tagline yg pesimis, tiada harapan, lesu, was-was, apa lagi ?

Secara jujurnya Pakcu tiada meyakini lagi kelab lagenda penuh sejarah ( Sejarah Zaman Batu, Paleolitik, Mesolitik, Neolitik, zaman Jepun adalah milik mereka ) akan kembali ke persada liga BPL Liga Juara2 Eropah musim depan.

Martinez membungkus cantik nasi lemak utk diberikan kepada Rafa dan anak buahnya. Tidak percaya ? Ini buktinya.


Nyatalah Pengurus Wigan Si Martinez ini sangat kurang hajau ( Bak kata Faisal Tehrani org Melaka ) dan tidak menghormati lawan apatah lagi untuk menjunjung semangat kesukanan. ( Berpada-padalah kalau nak bagi cenderhati pun ! ). Ini satu penghinaan. :)

Berbaki 9 games di kala Villa kurang 3 games, Man.City 2 games dan Spurs 1 game yg belum dilalui adalah sangat sukar untuk Rafa Benitez ke UCL, namun Europa League masih ada harapan.

*** Pakcu masih terkenangkan saat meraikan jaringan Owen ketika Man.U membenam Wigan 5-0 pada perlawanan pertama Ogos lalu.  Owen memang ensem hehehe

3 comments:

rafa said...

Bukan tidak, tapi "tiada"
Itulah Manchunian, julang sangat BI, sampai BM pun tak berapa betul. hahaha.

Sir Owen apa cerita?
Dah sampai ke South Africa ke? Atau dah tempah tiket bercuti ke Maldives musim panas nanti? Once you play with MU, you will walk alone!

Ameen Homestay said...

actually gua teruja nak tulis entry pasal pasukan yg tiada harapan dan TIDAK ADA KEYAKINAN ni..hehehe
amacam gambar nasi lemak pool tu ? photoscape memang membantu gua menghasilkan gambar menarik !

Owen dah tua bai, gua pun x setuju dia di bawa ke afrika, wat semak je. Bagi la player lain yg lebih chargaass.. :)

tp dia tetap ensem time skor gol ke-4 masa lawan man.city..luv u owen heheh

Rusdi Abd Rahman said...

Pak Cu,
Masih ada keyakinan... jika pasukan Man U, Arsenal, Man City dan Spurs (kecuali Chelsea) kalah dalam semua baki perlawanan (atau seri tanpa menang) manakala Liverpool menang semua baki perlawanan kecuali tewas kepada Chelsea... pasti Liverpool ke UCL nanti!
Apa-apapun Liverpool pasti berusaha dapatkan satu piala iaitu Piala Europa 2009/2010 nanti...