Saturday, December 04, 2004

Apasal ni ?



Buka blog sendiri. Sakit apa ntah blog ni. Satu column lagi ghaib. Entah la labu. Kebosanan melanda bila dah tak tahu nak buat apa. Beberapa hari lepas aku beli CD Man.United Season Review 2001-2002. Tahun pertama buat Nistelrooy. Beli sebab terpengaruh dengan nazmi Reporter tu la. ( www. bukunota.blogspot.com ). Bila nak tengok entah,CD Shark Tale pun belum tengok lagi.

Melihat pd akhbar utusan hari ini... Kalian baca dan fikir sendiri la. Hak untuk bersetuju atau tidak dengan kenyataan di akhbar tu bukan kuasa aku utk menentukannya.

Negara, agama tidak boleh dipisahkan - Dr. Mahathir

DOHA (Qatar) 3 Dis. - Oleh kerana Islam adalah satu cara hidup, ia turut termasuk kerajaan sesebuah negara demi kesejahteraan rakyatnya. Jika kita tidak mematuhi prinsip agama dengan itu kita telah melanggar susunan sosial, yang membentuk kerajaan sesebuah negara.
Itulah kata-kata bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed semasa memulakan hujah pada siri `Debat Doha' bertajuk This house believes in the separation of the mosque and state (Rumah ini percaya bahawa masjid dan negara perlu dipisahkan) pada 30 November lepas.

``Apa yang memisahkannya ialah dalam melaksanakan tanggungjawab itu, kerana ulama tidak boleh menjadi pakar dalam pentadbiran (mana-mana negara)''. Jadi kedua-duanya saling berkait," hujahnya sambil menjelaskan bagaimana prinsip Islam dan prinsip kerajaan tidak boleh dipisahkan.

Dr. Mahathir menerima tepukan gemuruh apabila beliau memberikan contoh penggelapan dana menggunakan teknologi canggih, yang tidak dijelaskan dengan terperinci dalam Al Quran atau Hadis.

``Pada prinsipnya, mengambil barang yang bukan hak anda adalah salah dalam Islam. Oleh itu perbuatan jenayah itu patut dihukum. Negara, yang mendukung keadilan (dan melaksanakan hukuman) adalah mematuhi prinsip keadilan dalam Islam,'' katanya.

Larangan terhadap pemakaian tudung bagi orang Islam dan simbol agama lain turut membuktikan agama dan negara tidak boleh dipisahkan di negara-negara yang kononnya sekular, katanya tanpa menamakan negara terbabit.

Sebaliknya, negara-negara sekular yang mendakwa tidak mencampurkan agama dan negara telah mengabaikan moral.

``Akibatnya, pada hari ini anda menyaksikan keruntuhan moral (yang mencapai ke tahap) paderi mendedahkan melakukan hubungan seks dengan kaum sejenis di gereja,'' katanya. - Bernama

>>>Bagaimana pula dengan keruntuhan moral remaja Malaysia ? Siapakah yg melambakkan hiburan melampau2 yg kesannya bukan sedikit dlm menjahanamkan anak bangsa. Yg lebih penting lagi anak2 orang ISLAM. <<<

>>>Mungkin kesan hiburan, konsert2 ni tak berapa teruk..jumlah anak luar nikah pun bukan ramai sangat..berpuluh ribu je..belum sampai ratusan ribu pun kan ? <<<

>>>Tak kisahlah, apa2 pun bersama-samalah kita memertabatkan Islam dan meletakkannya di tangga paling atas. Kerana apa ? Kerana kita orang Islam la ! Moga kita bukan penyumbang kepada keruntuhannya.<<<

>>> Macam best je..Try le http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=10817

No comments: