Tuesday, August 03, 2004

HARAM OH HARAM

Saibul Samahah Mufti Perak,Harussani Zakaria nampaknya mengganas lagi. Kenyataan yg dikeluarkan hari ini pasti membuat ramai yg panas punggung setidak-tidaknya panas dahi.

Hari ini beliau mempertegaskan Hukum HARAM Sure Heboh dan rakan seperjuangannya ( Sepupu sebelah ayah Sure Heboh ) Akademi Fantasia, Malaysia Idoladalah sama sahaja hukumnya.

Apa pun kenyataan yg beliau keluarkan amatlah disokong namun yg aku bimbangkan..berapa lamalah hayat jawatan beliau selepas ini ? Sama-samalah kita saksikan pertembungan kali ini. Andai dulu Mufti VS Ratu Cantik, mufti tersungkur..kali ini kita saksikanlah...

~Para Mufti sekalian teruskan perjuangan !
~Menanti dengan penuh minat, apa pula komen MUFTI JOHOR ? ... Tuan Mufti Noh Gadut kita . Dan juga apa pula fatwa daripada Mahaguru Astora Jabat kali ini ?

Harussani ulangi pendirian konsert 'Sure Heboh' haram

Mufti Negeri Perak, Dato'Seri Harussani Zakaria hari ini sekali lagi mengulangi kenyataan bahawa semua karnival, konsert serta rancangan hiburan yang keterlaluan, termasuk Akademi Fantasia, Audition dan Malaysian Idol jelas bertentangan dengan hukum syarak, sama seperti Karnival 'Sure Heboh' TV3.

Ujarnya lagi, sesiapapun tidak perlu menunggu fatwa dikeluarkan apabila sesuatu program itu jelas bertentangan dengan kehendak syarak.

Jelasnya, program berkenaan jelas membelakangkan hukum agama seperti menggalakkan pergaulan bebas, pendedahan aurat dan menyelitkan unsur kebaratan.

Selain itu kata beliau program itu turut menggalakkan budaya berhibur di kalangan remaja, di mana ujarnya, selepas beberapa siri dianjurkan, program berkenaan dilihat lebih banyak mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat khususnya golongan remaja yang bersekolah.

Beliau seterusnya menggesa pihak terbabit menghentikan segera program yang disifatkan terlalu banyak memberi kemudharatan kepada ummah itu.

"Ini bukan masalah emosi tetapi kehormatan agama dan maruah bangsa. Budaya seperti ini terang-terang mencabuli budaya Melayu dan Islam," tambahnya lagi.

Harussani menambah, program itu mendatangkan kesan negatif kepada agama, bangsa dan negara berikutan menyebabkan pengunjung lupa kepada tanggungjawab hakiki sebagai seorang Islam, termasuk dalam soal solat.

Beliau berkata, pengunjung, rata-ratanya remaja Islam tidak menunaikan solat Maghrib apabila mereka berkumpul di tapak karnival terlalu awal dan leka dengan hiburan yang disajikan.

Katanya, ketika konsert pula, kelihatan dengan jelas percampuran dan pertembungan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram, bersesak-sesak dan berhimpit-himpit antara satu sama lain di luar batasan.

"Persembahan artis juga dilihat sebagai keterlaluan dari segi pakaian serta tingkah laku dan mungkin tidak kurang juga tutur kata yang boleh mempengaruhi minda dan jiwa remaja untuk mengikutinya.~Harakahdaily.net~

No comments: