Sunday, July 31, 2005

Dia naik lagi...
( Jeritan Ramli, Sudin & Ajis tika jiran sebelahnya memekak dgn piring hitam ) hehehe

Dialog insan2 di selatan tanahair...

1." Aku undi punya undi...petrol naik lagi !!! "

( Sila baca dgn intonasi dialog antara Ramli dan Director Ahmad Nesfu tika screen test :) Seniman Bujang Lapuk )

2." Madu kuberi, baja organik yg dibalas, turun takde, makin naik ada..."

3." Petronas untung 58 billion setahun, takkan subsidi minyak 1-2 billion pun kedekut..ekonomi org melayu tak naik2 jugak, makin miskin ada la.."

Kesimpulan : Itulah beberapa dialog yg wujud di selatan tanahair yg mana penduduknya setiap pilihanraya tak pernah miss utk undi kerajaan. Walaupun berdarah biru :) mereka terpaksa menghadapi kenaikan harga minyak ( yg tak kenal darah hijau ataupun biru ) sekaligus kenaikan barang2 keperluan yg lain. Duhai insan yg diberi kuasa, prihatinlah dengan keluhan mereka.
( Mungkin ada yg merindui Tun Dr.Mahathir kerana dizamannya minyak tak naik sehebat ini. Bab2 lain berkenaan Tun, no komenlah :)

>>> Hampir sebulan tidak pulang ke rumah. Terpaksa bersabar dengan kelajuan Internet 115.2kbps..di sekolah 11MBps..arghh..sabar..sabar...

Friday, July 29, 2005

Campur-campur

1. Kejohanan Piala Coke telah tamat. Keputusannya Maran menjadi juara mengalahkan tuan rumah Rompin, 1-0. Midfield control ball...selayaknya mereka mewakili Pahang.

2. Biziiiiii...next week exam start. Soalan tak siap lagi.

3. Asrama sekolah aku baru ni bikin Pesta Makan Durian. Duit lebihan asarama. Selori durian dihantar. Mewah budak2 ni melantak. So, posing sikit !



4. Demam Af3 macam biasa. Tsumawi and the gang. Rancangan ni sudah bosan nak diulas. Ramai org marah kalau ulas lebih2. Yang pasti video klip Yang Terhangat di Pasaran-KRU secara sinis mempersendakan. ( Gelap harapan Norman utk jadi panel pengulas ) 

5. Ptg ini buat pertama kalinya mesyuarat diadakan selepas Solat Jumaat. Biarpun ramai yg tak berapa gemar tapi ketaatan pd Boss @ Pengetua itu perlu. Sami’na, wa ato’na. Kami dengar dan kami taat.

Petang ini juga aku ingin ke Felda Selendang utk ziarah anak murid aku yg baru menjalani operation coz apendix.

6. Esok apa bikin ? Pagi, membantu guru Biologi form 6 bagi pengecaman pokok. Macam la aku terer sangat. Tolong tengok boleh la.Hehehe…

Pergi dulu. Salah silap maaf dipohon. Chow !
Assalamualaikum.

Saturday, July 16, 2005

Aku Masih Di Sini. ( Macam lagu XPDC je…)

>Sabtu Ahad, stay kat sekolah. Terasa malas utk pulang. Semalam aku telah memmenuhi hajat seorang sahabat. Rumit juga, tapi tak mengapalah. Fikir mudah sudahlah. Hari ini kita penuhi hajat manusia yg memerlukan bantuan, esok lusa mungkin hajat kita pula Allah penuhi. Segalanya adalah milik-Nya. Kita hanya diperintahkan menguruskannya.

>Masih bagai selalu. Kebizian dgn urusan sekolah. 1 ogos nanti Ujian Penilaian 3 akan bermula. Sebaris soalan pun belum ditaip lagi. Dicampur dengan hal-hal sampingan lain. Yg pastinya aku merasakan masa begitu pantas. Hari ni sudah separuh drpd bulan Julai.

>Kem Kecemerlangan PMR & SPM bakal dijalankan di Casuarina Resort pd 23-24 Julai. Yg sedihnya aku tak dapat hadir sama. Terpaksa menjadi AJK Teknikal Bolasepak B16 Peringkat Negeri Pahang. Warghhh...melepas la peluang utk memancing dan bermandi manda di tepian pantai yg cun tu ! Terima seadanya. Segalanya telah disusun oleh-Nya.

>Petang ini apa bikin ? Training nasyid daa. Macam terer. Terrorist bleh la. Budak Kelas aku dikehendaki mempersembahkan pd English Day nanti. So gunakanlah kuasa veto yg ada hehe. Kukerahkan mereka menyanyikan lagu A Muslim Country Kid nyanyian Brothers pd tahun 1997 dulu.

>Semakin menggilai Antara 2 kasih dan Bisikan malam. UNIC.
"Deru ombak pecah berderai, mengulang pantai datang dan pergi, begitu kasih insan diibaratkan, bagai ombak merubah pantai..." Sayu semacam je...



OK tak iBook G4 ni ? :) . Jadi cikgu dapat jugak la merasa guna apple yg mantap ni hehe

Kay. Permisi dulu. Maaf jika ada salah dan silap. Sejahtera utk semua.

Sunday, July 03, 2005

Sifu Returns

Kembali lagi. Banyak peristiwa yg aku lalui tapi semuanya tak tertumpah ke papan keyboard utk dizahirkan ke monitor kawan2 sekalian.

MTest dah berlalu. Jawab semampu yg boleh. Konklusinya mudah, jika ada rezeki maka ke maktablah. Doa dan serahkan saja kepada-Nya.

Minggu lepas juga selepas Mtest aku berkejar ke tapak kem badan beruniform sekolah. Suatu masa dulu aku benci amat bab kawad. Alih2 bila jadi cikgu,disuruh pula menjadi pengadil pertandingan kawad. Hantam sajalah labuuu...!

Minggu ini...
Pulang ke rumah. Rumah dipenuhi sanak saudara. Seronok bersama 4 anak saudara aku. Comel2 semuanya.

Album yg OK dan Hancus...

Komen sikit. Dalam tempoh sebulan 2 ni..agak rajin beli album nasyid. Bermula dengan UNIC-Satu Tekad, Brothers-ReUnited dan latest Devotees-( Aku lupa tajuk alabumnya ! )

Unic hampir 2 bulan dibeli baru rasa seronok mendengarnya. Kira layan feeling jugak la. Aku jatuh cinta dgn lagu Bisikan Malam. Keduanya lagu Antara 2 Kasih. tapi di radio lagu Insan Bernama Kekasih juga yg meletup. pd hal melodi bisiskan malam jauh lebih syahdu. Chess...( Sedikit sebanyak aku setuju dgn CPOL ).

Brothers-Reunited. Maaf la buat brothers dan peminatnya. Album kali ini rasanya paling hancuss..( Jgn terpengaruh la..kalau korang suka boleh terus beli.Takde masalah )
Tapi utk aku yg dah terbeli nih..ada sedikit menyesal jugak la..sabor..sabor..

Album Untukmu teman lagi OK rasanya. Bagi aku kepulangan Yasin kepangkuan Brothers gagal
utk mencipta sebarang MAGIC.

Devotees- Album ? . Punya menyesal beli sampai lupa tajuk album hehehe. Maaf Devotees..pembaharuan melampau kadang boring jugak. Entah la. Tapi tak tahu la kalau selepas ini lagu kalian meletup2 ...sapa tahu kan ?

Akhir sekali, sesiapa ingin beli boleh beli..muzik ni bagai perempuan cantik juga. Abstrak. tak semua perempuan indah di mata lelaki. Ada yg sesetengah tu 10 org cakap cun..lagi 10 org cakap biasa je.

Begitu juga muzik. Taste manusia manakan sama. Ada yg berambut perang ( Karat zink ! ) ada yg rambutnya hitam..ada yg rambut putih..

Jumpa lagi. Assalamualaikum. Maafkan salah silap aku. Mana tau esok dah tiada lagi. Permisi.

Sunday, June 12, 2005

Datang dan pergi

1. Masa berlalu pantas. 2 minggu cuti persekolahan telah pun berada di hari terakhir. Maka akan pulang ke asramalah aku petang nanti. Apa yg aku buat selama 2 minggu ?
i. Menjadi driver. ( Johor Bahru, Port Dickson, Mersing )
ii. Memancing ( Hobi baru la )
iii.Hadir majlis perkahwinan. Sedara mara. Kawan2.
iv.Ziarah kematian
v .Marking paper midyear exam.

2. Semalam melalui Yahoo Messenger. Mesej dr Yaman. Mesej offline drpd sahabat aku sedari kecil lagi. sejak usia 7 tahun. Ayahnya yg juga ustaz kepadaku ketika bersekolah agama di Johor ini,telah kembali ke rahmatullah. Kembali menemui tuhannya. Dari-Nya kita datang kepada-Nya jua kita kembali.Al-fatihah buat Allahyarham Us.Ramian Bin Tuge.

3. Pagi ini ? Mengutip buah kuini yg gugur di belakang rumah. Pohon pauh berdiri tegap disebelahnya. Bagaimana pokok2 ini hidup berjiran tapi rasa buahnya berbeza ? Saiz, struktur daun,buah,pokok tidak jauh beza. Ya Allah. Hebat ciptaan-Mu.

Dalam pd itu aku terlupa, lidahku hanya sekeping tapi punya 4 rasa berbeza. Ya, Allah aku perhatikan pokok yg duduk berhampiran tapi tidak pd lidah yg juga ciptaan-Mu ini. Suhanallah, tidaklah engkau menjadikan semua ini dengan sia-sia. Akur...betapa lemahnya hamba-Mu ini.


Wednesday, June 08, 2005

Lama rasanya tak mencoret sesuatu...

Sedikit peringatan utk diri aku sendiri...( Teringat kata-kata seorang ustaz dlm kuliahnya )

"Kelapa tidak semestinya menunggu tua utk gugur kerana kelapa muda gugur juga jika dipulas beruk."

Mendengar ayat ini bagaikan sebuah jenaka tapi itulah analogi@kiasan yg diberikan buat manusia dan usia...

*Semalam ayah sepupuku telah kembali ke rahmatullah. Heart attack. Tiada siapa yg mengetahui termasuk dirinya sendiri bahawa dia pengidap sakit jantung. 2x serangan, dan kini dia tiada lagi meninggalkan segala yg dikasihi.Al-Fatihah buatnya...

Sunday, May 22, 2005


Itulah bolasepak...

~Possession :Arsenal 46%. Man Utd 54%

~Shots :Arsenal 8. Man Utd 25

~Corners :Arsenal 1. Man Utd 12

~Fouls :Arsenal 29. Man Utd 23

~Bookings:Arsenal 4. Man Utd 2

Dengan statistik sebegini, ia belum tentu menjamin kemenangan. Apa2pun syabas buat Gunners fan. Next year..c our ressurection ! Viva Man U !

P/S : Sadness..Scholes continue penalty tragedy in World Cup 98 against Argentina. The match which beckham was sent-off.


Friday, May 20, 2005

1 coret, 2 coret

1. 16 mei. Sekolah bikin sambutan hari guru. Kebanyakkan aktivit di handle oleh Upper six. Ada budak besar, mudah sikit kerja guru. Kami berbaju batik dan di iringi paluan kompang. Terasa hhensem la pulak hahaha...Apa pun yg pentingnya aku dapat hadiah cabutan bertuah. First time in my life. I guess...

2. Budak2 ramai bagi gift. Syahdu je. Sentimental sungguh mereka. Zaman aku jadi pelajar dulu rasanya tak pernah aku bagi hadiah pd cikgu aku. Sayang tu sayang tapi hadiah tak pernah bagi pun. Especially pd guru sejarah dan BI aku. Maaf cikgu, anak muridmu ini belum cukup sentimental kala itu...

3. Kebizian exam belum lagi tamat !

Saturday, May 14, 2005

WEEKEND

1. Semalam, Malcolm Glazer telah membeli 70 % saham Man.United. Menjadikan dia pemegang saham terbesar kelab terkaya dunia itu.

2. Ramai peminat hangin dengan pengambilalihan ini. Bagi mereka Glazer bukanlan spt Abromovich yg melabur semata2 utk fun. Glazer melabur utk bina keuntungan. Beliau terpaksa meminjam dgn org lain bagi membiayai kos pengambilan bernilai 800 juta pound.

3. Aku ? OK je. Glazer pun org kaya jugak. Dia tidak akan merunntuhkan kelab yg dibeli beratus juta pound. Gile ke hapa...? Dia melihat Man.U adalah lombong emas, why not make a massive profit ? Kalau aku jadi dia pun aku buat macam tu jugak. Englishman biasa la, sentimental dengan kelab mereka, tambhaan pulak Glazer dr US. Abromovich takeover boleh pulak. Entah la labu...

4. Apa2 pun Viva Man. U. This year we try to defend the Fa title. Next season we'll steal the league title from Mourinho. Kenapa ? Tak Percaya ?

5. Actually baru lepas isi KPLI form. Ada rezeki maka ke maktablah...selebihnya fikirkan kemudian.

Tuesday, May 10, 2005

BIZI

Bulan exam. Wokey. Itu aje.
Assalamualaikum.

Thursday, May 05, 2005

SAHABAT AKU

1. Dulu aku dengar dia jaga hal tanah di sebuah daerah Johor.
2. Lepas tu aku dengar dia jadi panel utk meluluskan permohonan tanah.
3.Terkini, aku dengar dia lelong rumah orang tak bayar sewa.

Kesimpulan : Kawan aku dah jadi org besar...moga tidak tersilap dlm membuat perhitungan di masa hadapan. Ingatlah semua ikrar kita~Selamat Berjuang:Brothers.

CHAMPIONS LEAGUE

1. Kedua-dua match semi-final aku tak tgk :D Ingatkan nak tengok Chelsea lingkup tapi terlupa alarm clock.Lastly tgk ulangan. Gol kontroversi. Aku pun hairan FIFA yg kaya gile pun tak mampu nak selesaikan masalah ni. Bakhil betul. Apa salahnya jika diletakkan camera ala-ala James Bond pd tiang gol bagi memastikan kesahihan gol. Selain drpd cip pd bola aku merasakan camera kecil adalah penyelesaian terbaik.

2. Tahniah buat Liverpool. setelah 20tahun kembali juga mereka ke Final Piala Eropah.

3. Ramalan Zaid Akhtar tidak menjadi kenyataan. PSV kecundang berdasarkan gol di tempat lawan. Kesian Guus Hiddink...Kejayaan spt di Piala Dunia gagal diulangi.

4. Final : Milan VS Liverpool. Kita lihat sama adaReds Army bleh makan ke tidak anak buah anchelloti ?

Cerita pendek.
TIDAKKK...

A. Minyak petrol naik lagi. Tidakkkkkkkkkkkk...( Inikah hadiah buat aku yg setia menyokong sejak
dahulu lagi...? )

( Kusangkakan mimpi rupanya realiti )
~Sekali lagi bola tanggung dilambung. Bila la nak buat anjakan paradigma ni ?

Monday, May 02, 2005

Sesat Dalam Rindu

Lagu ini aku dengar bertahun dahulu..mungkin lebih daripada 10 tahun. Tika zaman dibangku sekolah menengah. Dengar dan nyanyi tanpa menilai apa2. Tapi minggu lalu barulah terbuka minda utk menganalisis. Nyata ia punya maksud yg mendalam...Bagi yg faham maka fahamlah...kalau tak faham carilah org yg boleh memahamkan...

SESAT DALAM RINDU – damasutra

Ku…resah mencarimu dengan akal
Dan bersama sifat pinjaman
Kau kurasakan semakin menjauh
Tersesatlah aku dalam rindu

Ku…satukan firasat mencarimu
Dan kuterlontar di penghujung alam
Kau masih tidak dapat kujejaki
Betapa malangnya nasibku

Keranamu…
Kutinggalkan segalanya
Sendiri aku terpedaya
Punya akal dan firasat yg tidak ke mana
Hanya jalan yg sengsara

Zahir musnah bagi yg mimpi
Zahir ada rahsia mencari
Lalu kuselami di dalam diri
Di bawah arus nafasku
Asal serah janji dahulu
Mula hidup, pasti mula cinta

Engkau kasih ada di sini
Engkau kasih ada menanti
Engkau kasih…
Aku jua kasih…


P/S : Siapakah "mu" ? Setelah bertahun2 baru kusedari dialah yg Maha Agung...
Memukat

Memukat...itulah yg aku buat hari ini. Dah bertahun rasanya tak turun ke laut utk melakukan aktiviti ini( Rumah aku dgn pantai 1 km je. Sekian dimaklumkan. )

Tanpa perancangan yg rapi aku turun berdua dgn Paksu aku...hajat di hati ingin kutip ikan yg org tinggalkan ( Saki baki ) sebab mereka yg memukat mlm tadi banyak sapu udang je.

Lastly dapat pukat. Dengan penuh selamber...pukat dipikul meredah air masin. Yes ! 3 round memukat. Peh bak kata org johor..lepak siol ! Perut dah mula melagukan irama padang pasir...kami turun tanpa sarapan ! Bersihkan pukat dan challo...Dapat la udang sikit dan ikan2 utk dibuat goreng dan asinkan. ( Dapat gelama, bakok, belanak..dan ntah apa2 lagi. Aku bukan kenal pun :D )


EPL dah tamat

Chelsea merangkul gelaran pertama setelah 50 tahun menunggu. Tidak dinafikan kebijaksanaan Jose Mourinho menyusun strategi. Di awal musim mereka mempamerkan corak bertahan ( Bosan gile ! ) yg penting bagi mereka adalah 3points. Nyata startegi itu berjaya. Di pertengahan musim barulah Chelsea mempamerkan siapa mereka sebenarnya. Menang dgn jaringan hebat..maka terkulatlah Wenger dan Fergie. Takpe warga Old trafford tetap bersama. Never say die attitude ! The trophy will be back to the theatre of dream !


Lain-Lain

~Soalan midyear exam tak bertaip walaupun sehuruf :D
~Isnin depan rasanya aku cuti lagi.Hol negeri Pahang. Entah.X sure

Info Tambahan

~Firdaus Andrew dah dpt anak. Kecik ati kengkawans sebab tak bagi tahu. Dia bizi le tu. Sabor paizi sabor :).

~Timbalan Maskulun Du dah jadi warden di Kubang Pasu. Bizi jugak. Satu-satunya geng Du yg guna nombor digi. Woi sapa nak mesej kau. Mahal la labu !

~Mursyidul am Du dah melepak dlm ladang Guthrie. Syukurlah dia dah ada tempat utk berdiri dengan lebih tegak. Dugaan menguji keimanan. Anaknya dah pandai merangkak kurasa.

~Jaha mas'od dah jadi pegawai pencegah maksiat di bandaraya JB. Ehh..jaha betul ke jawatan kau tu hehehe..syabas la..siapa nak jumpa dia boleh la ke Jalan Dobi jam 1 pagi ke atas hehehe..
( Info : Jln Dobi JB ni mcm Lorong haji Taib KL la )

~Jiji kini di Kluang. Sesapa nak tanah gi la mohon dgn dia. Tapi jgn lupa isi borang keahlian UM_ _ :). Jika tidak lupakan saja hasrat nak dpt tanah tu. Aduhai negaraku aduhai...









Sunday, April 24, 2005

Aduhai...

21 April 2005 lepas aku membelek Metro. Hmm..muka depannya mengisahkan janin dijumpai dlm loji najis...aduhai manusia...mengapa mesti jadi pembunuh...?

Dlm Metro juga kutemui..Sifu M.Nasir secara rasmi menerima tawaran KERJA sbg Pengetua Akademi Fantasia 3. Aduhai..sifu aduhai..( Terkenang lagu aduhai kasih aduhai..nyanyian beliau )

Seorang sahabat aku yg mengetahui berita berkenaan sifu, menghantar SMS kpd aku jam 3.54 pagi

"Pengetua AF? Hilang respek aku kat org tua tu. Boikot woi boikot..Arghh..dimanakah Salam Andalusiamu..kias-kias fansuri.." ( Peminat setia agaknya nih...:D )

Aku cuma nak tambah sikit je..dimanakah ...akar kita...hidayah...demi masa...keroncong nostradamus...raikan cinta...kepadamu kekasih... aduhai sifu aduhai...

Aduhai yg terakhir...aduhai Majlis Fatwa aduhai...bila lagi kalian nak keluarkan statement pengharaman Konsert Goyang Pinggul Inul Darsita, 1 mei di Stadium Merdeka ? ( Stadium merdeka merangkap lambang jatidiri melayu merdeka + Islam Hadhari ).

Kesenian Inul Darsita kah yg ingin dilambakkan kpd muda mudi ? Kesenian jenis inikah ? Ada orang ckp..Kesenian Islam Hadhari memang begitu !

Aduhai pemimpin kerajaan..bila nak bertindak ni ?! Berhentilah drpd memberi bola tanggung kepada Pemimpin Pembangkang...





Thursday, April 21, 2005

C my blog

Di cc sekolah. Boleh tahan juga lajunya. File sebesar 35.4 MB hanya memerlukan lebih kurang 10 minit untuk di download kan. Kalau di rumah maka janggut yg baru dicukur akan panjang sampai ke lutut barulah selesai download. :D

Buka blog bukunota. Ada statistik laman web yg dikunjungi. Dan pd blog aku terdapat 20hits. Laa..blog yg jarang update ni pun ada juga yg rajin membukanya. Atas rasa ehsan maka hari ini aku update la sikit hehehe..( Terima kasih kepada para pengunjung )

Maulidurrasul

Hari ini cuti umum sempena kelahiran junjungan mulia. Rasulullah S.A.W. Tertarik dgn beberapa soalan di blog pakdi. Aku paste kan di sini utk semua...

Ada 5 soalan kuiz sempena Maulidur Rasul:

1. Siapakah Rasul Allah yang berkait dengan salasilah keluarga Nabi saw?
2. Apakah gelaran yang diberikan oleh penduduk Mekah kepada Nabi saw?
3. Berapa banyak peperangan yang disertai oleh Nabi saw?
4. Sebutkan nama semua anak Rasulullah saw.
5. Berapakah umur baginda ketika wafat?

SMS kan jawapan-jawapan anda ke no handset sendiri. Kalau tidak tahu semua jawapannya, sila muhasabah diri sendiri dengan pernyataan seperti,
"Betul ke aku ni benar-benar kenal dan cinta akan Rasulullah?"
Sila bandingkan pengetahuan anda mengenai Rasulullah dengan artis-artis kesayangan anda.
Sekian, kuiz Maulidur Rasul 1426H.

Ada senang ada susah...Secara jujur aku sendiri tak tahu bilangan peperangan yg disertai oleh baginda ( Daifnya umatmu ini ya Rasulullah... )

Tuesday, April 12, 2005

BERKURUN

Agak lama juga tidak mencoret sebarang kata di blog. Tapi taklah sampai berkurun seperti tajuk di atas. BIZI.Itu aje yg mampu aku katakan. Walaupun aku bukanlah reporter akhbar perdana tapi itulah hakikatnya. Tak punya masa yg benar2 lenggang utk blog ini.

Tapi bila melihat blog si Nizar Jepun, laa...lebih kurang aku jugak.Cheh. Begitu jugak la dgn Si Paizi. Cuma Mat Duwe dgn Cpol je aku ras rajin tahap cipan...:D Syabas la sahabat !

BIZI dgn apa ?

1. Jadi Pengurus Bola Sepak B15 Sekolah. Ptg2 kena turun tgk diorang training. Mcm Mourinho la palk lagaknya hahaha

2. Jadi pengadil ( Keje yg paling bosan ! ) kepada Karnival BolaSepak sekolah aku. Hari sabtu beb.

3. Sekolah aku dah start kelas tambahan ptg. Aktiviti Koko lagi.

4. Setiap ahad aku dah kena jadi driver, menemani bonda ke Kursus Haji
So..2-3 minggu nih kehidupan agak tidak stabil. Sabtu..ahad yg kadar rest nya kian minima.
jadi bertambah2 lah kemalasan nak update blog. Letih maa...

hari ini...ada urusan peribadi sikit di bandar..so sempat jugak la aku melencong ke cc. Buka laman2 web Pakdi,blog kau orang, baca e-mail, baca gossip bola, politik Malaysia dan lain2.

Akhir sekali..maaf sahabat jika kalian merindui aku :D

Buat Paizi, walimah adikmu..belum pasti lagi utk aku hadhari hadiri..tapi jika Allah izin sampai jugak kan ?

Hal2 Lain...

a. Man U vs Norwich..main mcm org gile. Laju semacam.loose ball. Gile ke hapa diorang nih.

b. Liverpool belum capai tahap utk ke Final aku rasa. En. Rafa janganlah marah. Kritikan ikhlas nih hehehe

c. Alex Ferguson patut resigned tahun 99..sekarang kan dah pening kepala, takut kena sack !

d. Tak sangka Us. Nasarudin Tantawi pun ada blog. Cayalah ! Ustaz IT. http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com

Sunday, March 20, 2005

Manusia akhir zaman. Perempuan pun dah boleh jadi imam Jumaat. Guru mana yg mengajar..? Yg pasti bila akal mendahului hukum maka liberal la jadinya.




Saturday, March 19, 2005

SOSEJ HARAM VS KASET HARAM

Kisah paling panas hari ini aku kira adalah kisah sosej usus babi khinzir. Bagi aku ia telah merampas rangking pertama kes Bukit Cahaya ( Yg telah digondolkan oleh mereka yg suatu masa dulu sibuk menghentam negeri lain tak pandai jaga hutan/balak.) Ada yg terasa ke ? Alaa..cool la jarum yg patah jgn simpan dlm peti !

Apa2 pun aku percaya Bukit Cahaya akan kembali ranking pertama dlm Carta Cerita Panas Malaysia. Percaya ? Tak percaya pun tak mengapa. Ini negara demokrasi tapi bukan demokrasi terpimpin mcm dlm Ahmad Albab ye !

Kembali kepada sosej. Bab makan bagi aku merupakan suatu yg amat dijaga oleh umat Islam. Especially khinzir. Walaupun selalu tonggang todi/vodka tapi khinzir haram di makan ! Mughallazah ! Riuh rendah seantero negeri cerita bab sosej setelah bertahun2 menghuni perut masing2 ( Agaknya la..)

Terima kasih buat pihak yg terlibat dlm membongkar kegiatan hampas ini. Kalau nak dikira makian org awam kepada para taukey memang tak cukup bakul rasanya.

Cuma aku agak kesal, makanan adalah bab sensitif. Kenapa penjagaan tentang kesuciannya agak remeh di mata pihak yg berkenaan ? Pd bola mata aku, kaset haram/cetak rompak lebih hebat penguatkuasaan yg dijalankan. Tapi bila tiba bab makanan umat Islam alangkah sedihnya.

Kaset haram/cetak rompak efeknya hanyalah kepada syarikat pengeluar tapi makanan haram efeknya ? Efeknya adalah menjadi darah daging umat Islam.

Maka tidak hairanlah umat Islam Malaysia hari ini makin jahat, rendah moral, perangai bak haiwan..rupanya makan makanan yg haram, kotor lagi jijik !

Bukanlah aku menjadikan faktor utama jenayah dlm Malaysia ini berpunca drpd pemakanan yg kotor. Tapi jika diteliti ia bukanlah satu faktor yg patut dibakulsampahkan ! Moga selepas ini lebih banyak serbuan terhadap kilang2 yg khianat dgn lesen yg diberi. Jika aku Menterinya maka jgn harap kalian akan dpt berniaga lagi samapai mampus mati

Permisi dulu. Ada usia. Ada izin-Nya, ketemu lagi.


Wednesday, March 16, 2005

1. Tahap DEWA ?

" Aku bosan tahap dewa hari ini." Biasa dengar kalimat tadi ? Dan beberapa ayat penyata lain yg menggunakan DEWA sebagai pengukuh kata/membawa maksud maksima

Tertanya pd diri sendiri, siapakah dewa ? Aku rasa semua org tahu apa itu DEWA. ( Yg pasti ia bukan pemilik kedai basikal ). DEWA adalah tuhan bagi agama Hindu. Itu yg aku faham. So..bila menggunakan perkataan dewa spt contoh di atas kita secara sedar ataupun tidak telah mengakui KEWUJUDAN DEWA. ( Aku yakin ramai yg tak bermaksud mengakui kewujudan dewa )

Aku sendiri tak tahu, siapakah dan dari manakah gaya percakapan ini lahir. KL ? JB ? Penggunaannya dlm komik juga agak berleluasa.

Yg nyata itulah hakikatnya, lidah terlalu mudah utk mengucapkan perkataan DEWA. Tiada dewa dlm ISLAM. Yg ada Hanya Yg ESA. Allah. Pencipta setiap makhluk.

Jadi berhati-hatilah dgn perkataan yg diucap. Bimbang ia akan merosakkan akidah kita.

2. Relaku Pujuk-Spider

Yakin dan percaya ramai yg tahu lagu di atas. Juara Lagu di AJL 2004. Lagu siulan ramai.Cuma aku kurang senang dgn lirik yg terdapat di dalamnya.

" Tiada lafaz yg paling agung, kalimah cintamu, yg kutunggu-tunggu.."

Semua org tahu lagu ini ditujukan buat wanita. Tapi...
Wajarkah ada kalimat yg paling agung selain KALIMAH SYAHADAH ? Apakah kalimah cinta kepada seorang wanita ( Yg cantik akan tua, yg hidup pasti mati ) lebih agung drpd kalimah syahadah yg boleh menyelamatkan manusia drpd azab neraka ?

So marilah kita pakat ubah kalau nak menyanyi lagu Relaku Pujuk...
" Tiada lafaz yg paling agung..Kalimah Syahadah..yg kusebut-sebut "

Tuesday, March 15, 2005

UPDATE

1. Sudah lama tak update. Ke BIZI an yg amat. Ada 6 kelas... exam paper belum marking. Arghh...itulah tugas guru tika cuti ( Jika exam before semester brake la )

2. Semalam ke Kuantan. Tolong bagi nasihat kepada pupu aku yg baru dpt result SPM. Dpt 4A tapi kualitinya agak rendah. Letih jugak. Dewasa ini persaingan tidak seperti 5-6 tahun lalu.

3. Hari ini ke JB. Just escort bonda aku ke LHDN. Then temankan dia shopping, at least dpt jugak la baju dan seluar free ye tak ? Hehehe

4. Esok ? Mungkin akan ke JB sekali lagi. Urusan Seri Paduka Baginda.

LAIN-LAIN

a. Mengharapakan remaja Malaysia hari ini menukar pujaan mereka. Daripada Zahid AF, Nana AF kepada NurAmalina RB @ Record Breaker. Si pemecah Rekod SPM Malaysia.

b. Utusan Malaysia hari ini. Jeslina declare nak kawin. Bagus. Buat masjid. Moga dia dan suami dikurniakan suatu yg tak semua org dapat. Hidayah dan taufik. Moga Allah kurniakan juga buat aku. Hei...Doakan mampu merubah takdir. So ?