Sunday, May 22, 2005


Itulah bolasepak...

~Possession :Arsenal 46%. Man Utd 54%

~Shots :Arsenal 8. Man Utd 25

~Corners :Arsenal 1. Man Utd 12

~Fouls :Arsenal 29. Man Utd 23

~Bookings:Arsenal 4. Man Utd 2

Dengan statistik sebegini, ia belum tentu menjamin kemenangan. Apa2pun syabas buat Gunners fan. Next year..c our ressurection ! Viva Man U !

P/S : Sadness..Scholes continue penalty tragedy in World Cup 98 against Argentina. The match which beckham was sent-off.


Friday, May 20, 2005

1 coret, 2 coret

1. 16 mei. Sekolah bikin sambutan hari guru. Kebanyakkan aktivit di handle oleh Upper six. Ada budak besar, mudah sikit kerja guru. Kami berbaju batik dan di iringi paluan kompang. Terasa hhensem la pulak hahaha...Apa pun yg pentingnya aku dapat hadiah cabutan bertuah. First time in my life. I guess...

2. Budak2 ramai bagi gift. Syahdu je. Sentimental sungguh mereka. Zaman aku jadi pelajar dulu rasanya tak pernah aku bagi hadiah pd cikgu aku. Sayang tu sayang tapi hadiah tak pernah bagi pun. Especially pd guru sejarah dan BI aku. Maaf cikgu, anak muridmu ini belum cukup sentimental kala itu...

3. Kebizian exam belum lagi tamat !

Saturday, May 14, 2005

WEEKEND

1. Semalam, Malcolm Glazer telah membeli 70 % saham Man.United. Menjadikan dia pemegang saham terbesar kelab terkaya dunia itu.

2. Ramai peminat hangin dengan pengambilalihan ini. Bagi mereka Glazer bukanlan spt Abromovich yg melabur semata2 utk fun. Glazer melabur utk bina keuntungan. Beliau terpaksa meminjam dgn org lain bagi membiayai kos pengambilan bernilai 800 juta pound.

3. Aku ? OK je. Glazer pun org kaya jugak. Dia tidak akan merunntuhkan kelab yg dibeli beratus juta pound. Gile ke hapa...? Dia melihat Man.U adalah lombong emas, why not make a massive profit ? Kalau aku jadi dia pun aku buat macam tu jugak. Englishman biasa la, sentimental dengan kelab mereka, tambhaan pulak Glazer dr US. Abromovich takeover boleh pulak. Entah la labu...

4. Apa2 pun Viva Man. U. This year we try to defend the Fa title. Next season we'll steal the league title from Mourinho. Kenapa ? Tak Percaya ?

5. Actually baru lepas isi KPLI form. Ada rezeki maka ke maktablah...selebihnya fikirkan kemudian.

Tuesday, May 10, 2005

BIZI

Bulan exam. Wokey. Itu aje.
Assalamualaikum.

Thursday, May 05, 2005

SAHABAT AKU

1. Dulu aku dengar dia jaga hal tanah di sebuah daerah Johor.
2. Lepas tu aku dengar dia jadi panel utk meluluskan permohonan tanah.
3.Terkini, aku dengar dia lelong rumah orang tak bayar sewa.

Kesimpulan : Kawan aku dah jadi org besar...moga tidak tersilap dlm membuat perhitungan di masa hadapan. Ingatlah semua ikrar kita~Selamat Berjuang:Brothers.

CHAMPIONS LEAGUE

1. Kedua-dua match semi-final aku tak tgk :D Ingatkan nak tengok Chelsea lingkup tapi terlupa alarm clock.Lastly tgk ulangan. Gol kontroversi. Aku pun hairan FIFA yg kaya gile pun tak mampu nak selesaikan masalah ni. Bakhil betul. Apa salahnya jika diletakkan camera ala-ala James Bond pd tiang gol bagi memastikan kesahihan gol. Selain drpd cip pd bola aku merasakan camera kecil adalah penyelesaian terbaik.

2. Tahniah buat Liverpool. setelah 20tahun kembali juga mereka ke Final Piala Eropah.

3. Ramalan Zaid Akhtar tidak menjadi kenyataan. PSV kecundang berdasarkan gol di tempat lawan. Kesian Guus Hiddink...Kejayaan spt di Piala Dunia gagal diulangi.

4. Final : Milan VS Liverpool. Kita lihat sama adaReds Army bleh makan ke tidak anak buah anchelloti ?

Cerita pendek.
TIDAKKK...

A. Minyak petrol naik lagi. Tidakkkkkkkkkkkk...( Inikah hadiah buat aku yg setia menyokong sejak
dahulu lagi...? )

( Kusangkakan mimpi rupanya realiti )
~Sekali lagi bola tanggung dilambung. Bila la nak buat anjakan paradigma ni ?

Monday, May 02, 2005

Sesat Dalam Rindu

Lagu ini aku dengar bertahun dahulu..mungkin lebih daripada 10 tahun. Tika zaman dibangku sekolah menengah. Dengar dan nyanyi tanpa menilai apa2. Tapi minggu lalu barulah terbuka minda utk menganalisis. Nyata ia punya maksud yg mendalam...Bagi yg faham maka fahamlah...kalau tak faham carilah org yg boleh memahamkan...

SESAT DALAM RINDU – damasutra

Ku…resah mencarimu dengan akal
Dan bersama sifat pinjaman
Kau kurasakan semakin menjauh
Tersesatlah aku dalam rindu

Ku…satukan firasat mencarimu
Dan kuterlontar di penghujung alam
Kau masih tidak dapat kujejaki
Betapa malangnya nasibku

Keranamu…
Kutinggalkan segalanya
Sendiri aku terpedaya
Punya akal dan firasat yg tidak ke mana
Hanya jalan yg sengsara

Zahir musnah bagi yg mimpi
Zahir ada rahsia mencari
Lalu kuselami di dalam diri
Di bawah arus nafasku
Asal serah janji dahulu
Mula hidup, pasti mula cinta

Engkau kasih ada di sini
Engkau kasih ada menanti
Engkau kasih…
Aku jua kasih…


P/S : Siapakah "mu" ? Setelah bertahun2 baru kusedari dialah yg Maha Agung...
Memukat

Memukat...itulah yg aku buat hari ini. Dah bertahun rasanya tak turun ke laut utk melakukan aktiviti ini( Rumah aku dgn pantai 1 km je. Sekian dimaklumkan. )

Tanpa perancangan yg rapi aku turun berdua dgn Paksu aku...hajat di hati ingin kutip ikan yg org tinggalkan ( Saki baki ) sebab mereka yg memukat mlm tadi banyak sapu udang je.

Lastly dapat pukat. Dengan penuh selamber...pukat dipikul meredah air masin. Yes ! 3 round memukat. Peh bak kata org johor..lepak siol ! Perut dah mula melagukan irama padang pasir...kami turun tanpa sarapan ! Bersihkan pukat dan challo...Dapat la udang sikit dan ikan2 utk dibuat goreng dan asinkan. ( Dapat gelama, bakok, belanak..dan ntah apa2 lagi. Aku bukan kenal pun :D )


EPL dah tamat

Chelsea merangkul gelaran pertama setelah 50 tahun menunggu. Tidak dinafikan kebijaksanaan Jose Mourinho menyusun strategi. Di awal musim mereka mempamerkan corak bertahan ( Bosan gile ! ) yg penting bagi mereka adalah 3points. Nyata startegi itu berjaya. Di pertengahan musim barulah Chelsea mempamerkan siapa mereka sebenarnya. Menang dgn jaringan hebat..maka terkulatlah Wenger dan Fergie. Takpe warga Old trafford tetap bersama. Never say die attitude ! The trophy will be back to the theatre of dream !


Lain-Lain

~Soalan midyear exam tak bertaip walaupun sehuruf :D
~Isnin depan rasanya aku cuti lagi.Hol negeri Pahang. Entah.X sure

Info Tambahan

~Firdaus Andrew dah dpt anak. Kecik ati kengkawans sebab tak bagi tahu. Dia bizi le tu. Sabor paizi sabor :).

~Timbalan Maskulun Du dah jadi warden di Kubang Pasu. Bizi jugak. Satu-satunya geng Du yg guna nombor digi. Woi sapa nak mesej kau. Mahal la labu !

~Mursyidul am Du dah melepak dlm ladang Guthrie. Syukurlah dia dah ada tempat utk berdiri dengan lebih tegak. Dugaan menguji keimanan. Anaknya dah pandai merangkak kurasa.

~Jaha mas'od dah jadi pegawai pencegah maksiat di bandaraya JB. Ehh..jaha betul ke jawatan kau tu hehehe..syabas la..siapa nak jumpa dia boleh la ke Jalan Dobi jam 1 pagi ke atas hehehe..
( Info : Jln Dobi JB ni mcm Lorong haji Taib KL la )

~Jiji kini di Kluang. Sesapa nak tanah gi la mohon dgn dia. Tapi jgn lupa isi borang keahlian UM_ _ :). Jika tidak lupakan saja hasrat nak dpt tanah tu. Aduhai negaraku aduhai...









Sunday, April 24, 2005

Aduhai...

21 April 2005 lepas aku membelek Metro. Hmm..muka depannya mengisahkan janin dijumpai dlm loji najis...aduhai manusia...mengapa mesti jadi pembunuh...?

Dlm Metro juga kutemui..Sifu M.Nasir secara rasmi menerima tawaran KERJA sbg Pengetua Akademi Fantasia 3. Aduhai..sifu aduhai..( Terkenang lagu aduhai kasih aduhai..nyanyian beliau )

Seorang sahabat aku yg mengetahui berita berkenaan sifu, menghantar SMS kpd aku jam 3.54 pagi

"Pengetua AF? Hilang respek aku kat org tua tu. Boikot woi boikot..Arghh..dimanakah Salam Andalusiamu..kias-kias fansuri.." ( Peminat setia agaknya nih...:D )

Aku cuma nak tambah sikit je..dimanakah ...akar kita...hidayah...demi masa...keroncong nostradamus...raikan cinta...kepadamu kekasih... aduhai sifu aduhai...

Aduhai yg terakhir...aduhai Majlis Fatwa aduhai...bila lagi kalian nak keluarkan statement pengharaman Konsert Goyang Pinggul Inul Darsita, 1 mei di Stadium Merdeka ? ( Stadium merdeka merangkap lambang jatidiri melayu merdeka + Islam Hadhari ).

Kesenian Inul Darsita kah yg ingin dilambakkan kpd muda mudi ? Kesenian jenis inikah ? Ada orang ckp..Kesenian Islam Hadhari memang begitu !

Aduhai pemimpin kerajaan..bila nak bertindak ni ?! Berhentilah drpd memberi bola tanggung kepada Pemimpin Pembangkang...





Thursday, April 21, 2005

C my blog

Di cc sekolah. Boleh tahan juga lajunya. File sebesar 35.4 MB hanya memerlukan lebih kurang 10 minit untuk di download kan. Kalau di rumah maka janggut yg baru dicukur akan panjang sampai ke lutut barulah selesai download. :D

Buka blog bukunota. Ada statistik laman web yg dikunjungi. Dan pd blog aku terdapat 20hits. Laa..blog yg jarang update ni pun ada juga yg rajin membukanya. Atas rasa ehsan maka hari ini aku update la sikit hehehe..( Terima kasih kepada para pengunjung )

Maulidurrasul

Hari ini cuti umum sempena kelahiran junjungan mulia. Rasulullah S.A.W. Tertarik dgn beberapa soalan di blog pakdi. Aku paste kan di sini utk semua...

Ada 5 soalan kuiz sempena Maulidur Rasul:

1. Siapakah Rasul Allah yang berkait dengan salasilah keluarga Nabi saw?
2. Apakah gelaran yang diberikan oleh penduduk Mekah kepada Nabi saw?
3. Berapa banyak peperangan yang disertai oleh Nabi saw?
4. Sebutkan nama semua anak Rasulullah saw.
5. Berapakah umur baginda ketika wafat?

SMS kan jawapan-jawapan anda ke no handset sendiri. Kalau tidak tahu semua jawapannya, sila muhasabah diri sendiri dengan pernyataan seperti,
"Betul ke aku ni benar-benar kenal dan cinta akan Rasulullah?"
Sila bandingkan pengetahuan anda mengenai Rasulullah dengan artis-artis kesayangan anda.
Sekian, kuiz Maulidur Rasul 1426H.

Ada senang ada susah...Secara jujur aku sendiri tak tahu bilangan peperangan yg disertai oleh baginda ( Daifnya umatmu ini ya Rasulullah... )

Tuesday, April 12, 2005

BERKURUN

Agak lama juga tidak mencoret sebarang kata di blog. Tapi taklah sampai berkurun seperti tajuk di atas. BIZI.Itu aje yg mampu aku katakan. Walaupun aku bukanlah reporter akhbar perdana tapi itulah hakikatnya. Tak punya masa yg benar2 lenggang utk blog ini.

Tapi bila melihat blog si Nizar Jepun, laa...lebih kurang aku jugak.Cheh. Begitu jugak la dgn Si Paizi. Cuma Mat Duwe dgn Cpol je aku ras rajin tahap cipan...:D Syabas la sahabat !

BIZI dgn apa ?

1. Jadi Pengurus Bola Sepak B15 Sekolah. Ptg2 kena turun tgk diorang training. Mcm Mourinho la palk lagaknya hahaha

2. Jadi pengadil ( Keje yg paling bosan ! ) kepada Karnival BolaSepak sekolah aku. Hari sabtu beb.

3. Sekolah aku dah start kelas tambahan ptg. Aktiviti Koko lagi.

4. Setiap ahad aku dah kena jadi driver, menemani bonda ke Kursus Haji
So..2-3 minggu nih kehidupan agak tidak stabil. Sabtu..ahad yg kadar rest nya kian minima.
jadi bertambah2 lah kemalasan nak update blog. Letih maa...

hari ini...ada urusan peribadi sikit di bandar..so sempat jugak la aku melencong ke cc. Buka laman2 web Pakdi,blog kau orang, baca e-mail, baca gossip bola, politik Malaysia dan lain2.

Akhir sekali..maaf sahabat jika kalian merindui aku :D

Buat Paizi, walimah adikmu..belum pasti lagi utk aku hadhari hadiri..tapi jika Allah izin sampai jugak kan ?

Hal2 Lain...

a. Man U vs Norwich..main mcm org gile. Laju semacam.loose ball. Gile ke hapa diorang nih.

b. Liverpool belum capai tahap utk ke Final aku rasa. En. Rafa janganlah marah. Kritikan ikhlas nih hehehe

c. Alex Ferguson patut resigned tahun 99..sekarang kan dah pening kepala, takut kena sack !

d. Tak sangka Us. Nasarudin Tantawi pun ada blog. Cayalah ! Ustaz IT. http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com

Sunday, March 20, 2005

Manusia akhir zaman. Perempuan pun dah boleh jadi imam Jumaat. Guru mana yg mengajar..? Yg pasti bila akal mendahului hukum maka liberal la jadinya.




Saturday, March 19, 2005

SOSEJ HARAM VS KASET HARAM

Kisah paling panas hari ini aku kira adalah kisah sosej usus babi khinzir. Bagi aku ia telah merampas rangking pertama kes Bukit Cahaya ( Yg telah digondolkan oleh mereka yg suatu masa dulu sibuk menghentam negeri lain tak pandai jaga hutan/balak.) Ada yg terasa ke ? Alaa..cool la jarum yg patah jgn simpan dlm peti !

Apa2 pun aku percaya Bukit Cahaya akan kembali ranking pertama dlm Carta Cerita Panas Malaysia. Percaya ? Tak percaya pun tak mengapa. Ini negara demokrasi tapi bukan demokrasi terpimpin mcm dlm Ahmad Albab ye !

Kembali kepada sosej. Bab makan bagi aku merupakan suatu yg amat dijaga oleh umat Islam. Especially khinzir. Walaupun selalu tonggang todi/vodka tapi khinzir haram di makan ! Mughallazah ! Riuh rendah seantero negeri cerita bab sosej setelah bertahun2 menghuni perut masing2 ( Agaknya la..)

Terima kasih buat pihak yg terlibat dlm membongkar kegiatan hampas ini. Kalau nak dikira makian org awam kepada para taukey memang tak cukup bakul rasanya.

Cuma aku agak kesal, makanan adalah bab sensitif. Kenapa penjagaan tentang kesuciannya agak remeh di mata pihak yg berkenaan ? Pd bola mata aku, kaset haram/cetak rompak lebih hebat penguatkuasaan yg dijalankan. Tapi bila tiba bab makanan umat Islam alangkah sedihnya.

Kaset haram/cetak rompak efeknya hanyalah kepada syarikat pengeluar tapi makanan haram efeknya ? Efeknya adalah menjadi darah daging umat Islam.

Maka tidak hairanlah umat Islam Malaysia hari ini makin jahat, rendah moral, perangai bak haiwan..rupanya makan makanan yg haram, kotor lagi jijik !

Bukanlah aku menjadikan faktor utama jenayah dlm Malaysia ini berpunca drpd pemakanan yg kotor. Tapi jika diteliti ia bukanlah satu faktor yg patut dibakulsampahkan ! Moga selepas ini lebih banyak serbuan terhadap kilang2 yg khianat dgn lesen yg diberi. Jika aku Menterinya maka jgn harap kalian akan dpt berniaga lagi samapai mampus mati

Permisi dulu. Ada usia. Ada izin-Nya, ketemu lagi.


Wednesday, March 16, 2005

1. Tahap DEWA ?

" Aku bosan tahap dewa hari ini." Biasa dengar kalimat tadi ? Dan beberapa ayat penyata lain yg menggunakan DEWA sebagai pengukuh kata/membawa maksud maksima

Tertanya pd diri sendiri, siapakah dewa ? Aku rasa semua org tahu apa itu DEWA. ( Yg pasti ia bukan pemilik kedai basikal ). DEWA adalah tuhan bagi agama Hindu. Itu yg aku faham. So..bila menggunakan perkataan dewa spt contoh di atas kita secara sedar ataupun tidak telah mengakui KEWUJUDAN DEWA. ( Aku yakin ramai yg tak bermaksud mengakui kewujudan dewa )

Aku sendiri tak tahu, siapakah dan dari manakah gaya percakapan ini lahir. KL ? JB ? Penggunaannya dlm komik juga agak berleluasa.

Yg nyata itulah hakikatnya, lidah terlalu mudah utk mengucapkan perkataan DEWA. Tiada dewa dlm ISLAM. Yg ada Hanya Yg ESA. Allah. Pencipta setiap makhluk.

Jadi berhati-hatilah dgn perkataan yg diucap. Bimbang ia akan merosakkan akidah kita.

2. Relaku Pujuk-Spider

Yakin dan percaya ramai yg tahu lagu di atas. Juara Lagu di AJL 2004. Lagu siulan ramai.Cuma aku kurang senang dgn lirik yg terdapat di dalamnya.

" Tiada lafaz yg paling agung, kalimah cintamu, yg kutunggu-tunggu.."

Semua org tahu lagu ini ditujukan buat wanita. Tapi...
Wajarkah ada kalimat yg paling agung selain KALIMAH SYAHADAH ? Apakah kalimah cinta kepada seorang wanita ( Yg cantik akan tua, yg hidup pasti mati ) lebih agung drpd kalimah syahadah yg boleh menyelamatkan manusia drpd azab neraka ?

So marilah kita pakat ubah kalau nak menyanyi lagu Relaku Pujuk...
" Tiada lafaz yg paling agung..Kalimah Syahadah..yg kusebut-sebut "

Tuesday, March 15, 2005

UPDATE

1. Sudah lama tak update. Ke BIZI an yg amat. Ada 6 kelas... exam paper belum marking. Arghh...itulah tugas guru tika cuti ( Jika exam before semester brake la )

2. Semalam ke Kuantan. Tolong bagi nasihat kepada pupu aku yg baru dpt result SPM. Dpt 4A tapi kualitinya agak rendah. Letih jugak. Dewasa ini persaingan tidak seperti 5-6 tahun lalu.

3. Hari ini ke JB. Just escort bonda aku ke LHDN. Then temankan dia shopping, at least dpt jugak la baju dan seluar free ye tak ? Hehehe

4. Esok ? Mungkin akan ke JB sekali lagi. Urusan Seri Paduka Baginda.

LAIN-LAIN

a. Mengharapakan remaja Malaysia hari ini menukar pujaan mereka. Daripada Zahid AF, Nana AF kepada NurAmalina RB @ Record Breaker. Si pemecah Rekod SPM Malaysia.

b. Utusan Malaysia hari ini. Jeslina declare nak kawin. Bagus. Buat masjid. Moga dia dan suami dikurniakan suatu yg tak semua org dapat. Hidayah dan taufik. Moga Allah kurniakan juga buat aku. Hei...Doakan mampu merubah takdir. So ?

Sunday, February 27, 2005

INGIN JADI ARTIS

:::Kes jeslina masih belum reda. Aku yakin, lepas nih ramai le muda mudi milih kerjaya mereka sebagai penyanyi & pelakon. Wei sapa taknak rugi la...insan2 berkuasa ada kat belakang ( Backup bagus punya ! )hehe :D Buat Jeslina moga berbahgialah kerana ramai insan menyokongmu utk terus dlm alam maksiat+jahiliah. Moga esok masih ada utk memohon ampun daripada-NYA. ( Juga utk aku...)
SEMINGGU SEKALI

>>>Itulah dia yg mampu aku buat utk blog ini. Keterbatasan ruang waktu dan kemampuan. Semakin meningkat umur maka semakin bertambahlah tanggungjawab. Bukan begitu ?
Bila dihitung usia aku dah hampir cecah suku abad. Semakin hampir dengan mati rupanya. Sedang persipan tak sebanyak mana...

>>>Esok anak murid start exam. Kurang sikit kerja aku. Just mengawsi mereka sahaja.

>>>Baru2 ni membaca surat pembaca di akhbar perdana. Komennya terhadap kenyataan seorang menteri bagi aku cukup baik. Kenyataan apa..? Kenyataan yg setiap pusat hiburan perlu diletak papan kenyataan umat Islam tak payah la masuk. Alaa mcm papan tanda kat kedai Magnum dan Sports Toto tu la...What the hell..?

Apa dengan meletak papan tanda maka manusia Islam akan menjauhi la pusat hiburan ( Dangdut, Hard Rock Cafe, Pub dan yg sewaktu dengannya..). Mudah betul jalan yg di ambil.
tak tengok ke pd kedai toto yg saban hari pengunjungnya tak pernah susut. Peduli hapa mereka dgn papan tanda berjudi adalah haram di sisi Islam.

Apa yg nyata...maruah Islam di injak oleh kaki umat Islam sendiri. Aduhai Islam hadhari...

UMAT ISLAM MALAYSIA PEMURAH

Anda setuju dengan tajuk di atas..?
Umat Islam Malaysia suka...
1. Derma pd mangsa tsunami ( berjuta-juta dpt dikumpul dlm waktu yg singkat. Alhamdulillah)

2. Melebur Menderma duit dgn UNDIAN Akademi Fantasia. Atau dgn kata lain mengkayakan penganjur dan menghadiahkan Sang Juara Kereta. Para pengundi dapat apa..? Asap kereta Zahid dan Vince ( Jangan marah peminat AF hehehehe cool down ) Err..AF kali ketiga ni berapa juta engkauorang nak derma ?

3.Menderma kpd tokei TOTO dan MAGNUM. Dengan harapan mereka akan share kekayaan mereka dgn para penderma.

4.Menderma duit kepada pemilik Planet Hollywood KL. RM 35 utk tiket bagi menyaksikan penyanyi rock terjerit di atas pentas pd mlm Sabtu. Alaa... RM35 bukannya mahal..yg hairannya pd hari Jumaat RM35 nilainya bagai RM 35 juta utk diletakkan ke dalam tabung masjid ( Nasihat utk aku jugak ni )

OK cukuplah..kalau ada lagi aku tambah kemudian. Selamat menderma.
Assalamualaikum.




Sunday, February 20, 2005

BIZI yg diperuntukkan utk aku

Itulah yg boleh aku khabarkan. Maaf sahabat, terlalu lama tidak mencoret sebarang cerita. Untuk ulas isu semasa pun tiada berkesempatan ( Atau akau yg tak pandai urus masa ? )

Aku kembali ke sekolah tika Ujian Penialaian tahap 1 mula menghampiri dateline nya..
Soalan Geografi dan Kemahiran Hidup semuanya tergalas dibahu aku. Hinggakan PJ pun kena bikin soalan. Apahal la sampaikan PJ pun kena buat exam. Tak paham betul aku dibuatnya.

Jumaat yg baru lepas sekolah kami menyudahkan acara yg tertangguh dek kerana denggi dan arahan kementerian yg tak bagi buat aktiviti luar. MERENTAS DESA. Sebagai guru Kelab Fotografi kerja aku tak banyak. Ambik gambar sebanyak mungkin. Camera digital mana faham bahasa abis roll abis. Just snap.

Rumah sukan aku ( Kuning ) dpt no.2. Aku pun pelik..dari zaman sekola ( rendah & menengah ) hingga jadi guru..aku akan menjadi warga pasukan kuning.



OK. Itu je. Masih ada kerja yg belum beres. Laporan penilaian dan target budak2 belum siap ! Apa2 pun aku dah tak sabar nak saksikan MU vs AC MILAN, pagi khamis ini. Mu Fans..jom kita ke Old Tarfford he he he...Nistelrooy returns.
Permisi sahabat !

P/S :Buat Paichowan. Terima kasih kerana sudi mampir. Adios !
***Syukurilah nikmat usia dan kesihatan yg dikurnia***

Tuesday, February 01, 2005

BIG MATCH ! 20 00 GMT


Perlawanan kedua bagi musim ini. Man United akan bertandang ke Highbury. 25 Oktober lalu rekod 49 perlawanan tanpa kalah the Gunners lebur dek penalti Van Nistelrooy dan Rooney ( Walaupun ia adalah kemenangan paling kontroversi, million thanks to Mike Riley hehe ramai org benci dia nih ! )

Apa2 pun rekod Man U tidaklah begitu baik di Highbury. Tahun lepas pun sekadar seri 1-1 di Highbury.

Wokey itu saja.




Back To School

Aku diarahkan kembali menyambung tugas sebgai tenaga pengajar di sekolah lamaku.Itu arahan yg jelas drpd JPN Pahang. Syukur, dpt la aku kembali melakukan apa yg aku suka dan cinta, mengajar, mendidik diri sendiri dan mereka yg memerlukan. Berapa lama berkhidmat ? Entahlah...

Gembira ada, cuak pun ada. Gembira kerna dpt bertemu kembali warga sekolah, anak2 murid yg aku tinggalkan dulu. Cuak pula kerana di surat tawaran option utk aku mengajar dalah English. Warghh...Harap ia tidak jadi realiti. ( Tahun lepas dpt option ni gak tapi ngajar subjek lain hehehe )

Duit Tabung ?

Berharap sangat apa yg dinyatakan dlm harakahdaily itu tidak benar. Apakah ada manusia berhati kering seperti itu ? ( Manusia akhir zaman, mungkin juga ada. Siapa tahu ? )

http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=11557&mode=thread&order=0

teringat akan lagu PEMIMPIN YG ADIL, album DAMAI, HIJJAZ. Senang sungguh aku dengan lirik ini. Peringatan utk kita bersama, bukankah kita ini juga adalah pemimpin ?

" Pemimpin yg adil mengutamakan amanah. Wang rakyat dan negara tidak disalahguna. Rasuah dan kemungkaran sangat dijauhinya.Rakyat diseru mentaati Allah."




Friday, January 28, 2005

P.T.T ( Pengulas Tiada Tauliah )

-Sekitar EPL ( English Premier League )-

Man U masih 11 mata di belakang Chelsea dan Arsenal pula 10 mata ketinggalan. Itu adalah gambaran kekuatan kuasa baru bolasepak EPL, The Blues @ Chelsea. Ramai yg percaya bahawa Chelsea akan menamatkan kemarau 55 thn kejuaraan liga.

Aku pun begitu sekitar 60 peratus. 40 peratus lagi aku yakin Man U & Arsenal mampu membuatkan Mr.Abromovich menangis mengenangkan buku ceknya terpaksa dikeluarkan lagi utk mengangkut semua pemain terhebat dlm dunia ni.

Tapi yg lebih menarik bagi aku adalah ulasan Ahmad Syukri @ Syuk ( Ketua Aing Hong DU hehe). Dia bukan peminat MU & Arsenal tapi masih berfikiran positif dgn saingan EPL. Aku taipkan SMSnya di sini

“ 10 mata kelebihan dengan 14 lagi matches bagi aku masih terlalu awal. 4 kekalahan dah cukup utk Mourinho sedar reality bolasepak…” ( Ulasan mengalahkan John Dykes, Pengulas ESPN caya la Syuk ! hehehe )

Man U dan Arsenal ( Liverpool tak terkecuali heheh ) mempunyai masalah yg sama. Goalkeeper ! Aksi keeper yg ada hari ini mampu meningkatkan risiko Ferguson & Wenger utk mendapat heart attack. Rafa Benitez juga.

Namun hingga ke hari ini, di saat window transfer akan tertutup pd 31 Januari kedua-duanya masih belum bertindak..Walaupun tahun ini rekod Defend Man U agak baik, hanya 14 gol drpd 24 perlawanan. ( Chelsea hanya 8 gol ! ). Arsenal pula 25 gol. Cuma kesilapan bodoh keeper memang menyakitkan hati pengurus dan peminat setia.

Kisah terbaru Fergie mula mengintai utk mendapatkan khidmat Paul Robinson England’s No.1 bagi menyelesaikan masalah ini.

Bagi aku ia keputusan yg baik tetapi bagi aku sekiranya Edwin Van Der Sar ( Fulham & Holland ) menjadi pengganti adalah lebih baik.
Cuma aku ragu, apakah dengan tiadanya sebarang reaksi positif drpd Sir Alex dan Arsene Wenger adalah isyarat awal utk melepaskan kejuaraan tahun ini kpd Chelsea ? Tunggu dan saksikan aje hingga season ini berakhir.

For Liverpool fans, all of you should wait till next season to be great contender heheh. We’ll see either Revolution Rafa-lution become reality or rhetoric. Half main players dah injured…Latest, Sinama Pongolle hampir putus anterior ligament 6 bulan le lepak atas bangku, ada harapan Benitez jadi winger lepas ni hahahaha…


Sebut ligament teringat aku kat Jiji, kawan kita yg putus anterior ligament lutut coz accident depan FBMK. Seminggu pening tak ingat apa dan hampir setahun takleh berlari. Tapi sekarang dah semakin macho semenjak menjadi Pegawai Tadbir Negeri Johor Daerah Kluang. Korang nak tanah ? Pergi la mohon dengan dia hehe.

OK. Itu saja ulasan tanpa tauliah utk kali ini. Jumpa lagi Insya Allah.





Wednesday, January 26, 2005

Semalam punya cerita

_/ Pagi menyaksikan Man United kecundang kali kedua kepada Mourinho’s side. Kali pertama hampir setahun yg lalu dlm saingan Champions League. Tika itu Mourinho memimpin Porto. Apa yg menariknya, kedua-dua kekalahan Man United adalah di Old Trafford dan berpunca drpd kesilapan penjaga gol yg sama Tim Howard. ( Elok saja dia dijual ! )

_/ Solat Subuh dan aku berangkat ke Kota Tinggi. Hidup sebagai driver, beginilah. Menghantar bonda ke Kursus J-Qaf di SMK Teknik Kota Tinggi.

Bonda kutinggalkan dan aku ke restoran, sarap ! Then, melencong la. JB dan Kota Tinggi bukanlah jauh. Walaupun anak Johor tapi jalan Bandaraya JB bukanlah suatu yg telah aku hafal. Hantam sajalah labu,selagi minyak ada dlm tangki,kita pusing sajalah.

-ANGSANA-
Hajat aku cumalah nak ke Plaza Angsana. Best Ever Shopping Complex In JB I think..
Tapi sebelum tu aku ke Jalan Kolam Air. Menemui Kak Angkat aku, Sis Rosetti Poh Yuen Yi. Nama secanggih ini takkan korang tak kenal ? Dah lebih setahun tak jumpa dia nih. Sempat la jumpa dia sekitar 2,3 minit. Dia sibuk nak ke sekolah.

Plaza Angsana destinasi berikutnya. Tempat yg paling aku gemari utk melilau, di sinilah ! Best. Itu je yg mampu aku ucapkan. Kemudahan utk pengunjung serba cukup. Hinggakan tempat penyusuan bayi pun disediakan ? ( Tak pernah kujumpa kemudahan ini hatta di KL sekalipun )

Surau pula King Size. Memang puas hati kalau melepak kat dalam tu. Mampu memuatkan sehingga 300-350 jemaah aku rasa. Surau perempuan aku tak tahu la bersar mana sebab aku tak masuk hehe. Kalau masuk, lain pula ceritanya nanti. Lebih menarik surau ini ada PA System utk azan dan ada Tok Imamnya. KL ada ke surau mcm ni di shopping complex ? Setahu aku takde.

Angsana juga terkanal dgn BADAN Cemerlang Bookstore. Tempat yg paling aku suka singgah, sini la. Walaupun tidak sebesar Kinokuniya KLCC tapi aku yakin banyak buku yg dihajati boleh diperolehi di sini.

Aku rasa 2-3 jam baru puas hati melepak di BADAN. Boleh belek buku lama-lama.( Beli belum tentu lagi J ) Aku menemui buku Don’t Be Sad @ La Tahzan. Tebal amat bukunya. Walaupun hati meronta utk membeli tapi aku tahankan saja. Biar dululah. Harganya pun boleh tahan, RM 30. Lagipun di rumah masih ada 3 buku yg belum aku khatam. Jangan gelojoh, tak gitu ?

Selain BADAN tempat kedua yg aku suka masuk adalah kedai sukan al-IKHSAN. Aku mula mengenali butik pakaian sukan ini sejak 1998, Bobok @ Akmal Arif senior aku masa kat kolej dulu yg perkenalkan. ( Kat Bukit Bintang )

Apa yg menarik di al-IKHSAN ? Pakaian sukan la beb. Jersi Kelab Bolasepak yg original, kasut2 sukan. Mostly branded. Nike, Adidas, Lotto, Puma etc. Semuanya bakal merabakkan poket. Tapi itu dulu la. Sekarang aku lebih suka jersi SIAM je. Kualiti pun lebih kurang sama. Gila apa nak beli jersi yg sehelai nilainya 2-3 ratus. Jersi yg SALE pun harganya RM125, Roman Abromovich boleh la.

Al-IKHSAN kini terus berkembang. Kalau di Starhill terdapat 3 kedai. Di Angsana ada 2 kedai. Maju betul. Biarlah, aku yakin taukeinya Melayu.

Kesimpulannya Plaza Angsana memang menyeronokkan.

Cukuplah. Cerita terlalu panjang pulak kali ini. Ada usia kita cerita lagi.
Assalamualaikum.



Balada Orang Berdosa

Hampir 2 bulan kaset Damai aku bermastautin di dalam Kia Spectra. Kereta Mak Andak aku. Rumahnya tak jauh 170 km je dari rumah aku. Dekat kan ?Kini ia kembali menghuni Kancil..maka berkemundanglah lagu2 drpd Album Damai-Hijjaz.

Aku cukup menggemari lagu Berkorban Demi Cinta. Agak tersentuh dengan lirik dan melodi karya Kamal Halim. ( Beliau pernah mencipta lagu dlm album pertama Diwani satu masa dahulu ). Lagu2 lain seperti Pesona Cinta dan Aku Hanya Seorang Umar masih boleh dikategorikan sebagai lagu boleh hits. ( Err...berapa ramai pencinta nasyid kat Malaysia ni ? )

Dengan penuh kejujuran, aku sebenarnya dah meng MP3 kan lagu ni. ( Maaf buat Hijjaz Records,copyright without permission ) Untuk kegunaan sendiri. Kalau tidak sia-sia MP3 Player yg aku beli. Kalian berminat ? Maaflah..sila beli yg original ! Aku dah beli, so ikut suka aku la nak convert kaset original aku kepada MP3 kan..OK ke?

Tajuk Balada orang Berdosa kat atas ni saja je. Aku teringat album kompilasi yg memuatkan lagu Kepadamu Kekasih-M.Nasir ( Dulu punya cerita daa..)

OK. Selamat menghayati lirik di bawah. Nak syahdu lagi ? Sila beli kaset DAMAI la.

Berjuang Demi Cinta - Hijjaz

Allah..Allah..
DenganMu segala…

Bermula gemilang cahaya
Petunjuk pimpinan yang esa
Menempuh jalan hidup di dunia
Cabaran yang silih berganti
Dugaan mematangkan diri
Mengajar erti hidup ini
Berjuang berkorban demi cinta
Suka dan duka suratan-Nya
Mengenal makna jalan bahagia
Masa yang silih berlalu
Semakin hampir saat itu
Ya Tuhan tunjukkan
Moga selamat bersama-Mu

Biarpun bersama kekurangan
Namun bersyukur kurniaan tuhan
Iman di hati, sabar menjadi penunjuk diri
Dengan-Mu kupunyai segala
Takkan beruntung seisi dunia
Limpah kurniakan petunjuk bantuan
Tempuh hari yang mendatang

Semoga…
Sisa hidup ini takkan terbuang lagi
Setiap detik masa dalam amalan jua
Jangan dipisahkan dengan-Mu kebahagiaan
Semoga dengan ini jambatan menemui
Cinta yang sejati
Itu yang abadi

Berjuang mencari iman taqwa
Perisai menempuh pancaroba
Penentu tempat rahmat bahagia
Seiring teman saudara
Pimpinan tauladan baginda
Ya Tuhan bantulah
Moga selamat selamanya…

Lagu- Kamal Halim
Lirik - Kamal Halim


Monday, January 24, 2005


>>>Salah seekor lembu yg dikorbankan di rumah aku. Kelihatan Atok Sedara aku begitu serius dlm usaha menamatkan riwayat si lembu.

Korban

Hari Raya AidilAdha telah 3 hari berlalu. Namun hari ini kita masih lagi haram utk berpuasa sunat. Hari tasyrik !

Hari ini aku Cuma nak berkongsi sedikit peringatan yg kukutip drpd Majlis Kuliah Maghrib di kampung jiran aku.

_/ Pada tempat yg diturunkan bala oleh Allah, Rasulullah S.A.W menyuruh kita berhati-hati, jangan bersuka ria atau bersenang lenang. Dibimbangi bala akan kembali semula.

Cth : Di Laut Mati. Jika melawat ke sana tidak wajarlah kita bersuka ria. Ambil pengiktibaran drpd kemusnahan umat terdahulu adalah yg utama.

_/ Ubudiah. Abdikan diri kepada Allah.

Cth : Kisah Nabi Ibrahim yg bermimpi mendapat perintah drpd Allah agar disembelih anaknya Nabi Ismail. Betapa taatnya baginda kepada Allah. Tanpa mempersoalkan perintah sama ada ia logic ataupun tidak.

Di sini menunjukkan betap tingginya tahap pengabdian baginda kepada Allah.
Tapi kita hari ini…
Perintah Allah bukan hadir melalui mimpi tetapi melalui rasulNya sehingga zahirlah SEBUAH KITAB. AL-QURAN. Jelas lagi nyata segala hukum hakamnya. Tiada sebarang keraguan mengenai kesahihan bahawa ia memang datang drpd Allah jua.

Namun masih ramai yg mempertikaikan itu dan ini. Di mana tanda pengabdian kita kepada Ilahi ? Dan kita terus berbangga akulah hamba Allah…sedang perintah yg jelas lagi nyata dlm Quran tetap teguh di hati bahawa ia tidak RELEVAN sama sekali ataupun ia masih belum relevan ataupun setengah daripadanya relevan dan selebihnya masih perlu dikaji. Dan ramailah yg ingin menjadi juara dlm meyakinkan manusia bahawa ia memang belum relevan. Tunggu dulu, sabarlah...

Dan aku tertanya bilakah ia akan relevan ? Mungkin setelah bintang-bintang berguguran dr langit. Dan aku yakin dan percaya bahawa pd tika itu pasti ramai yg mengakui segala ayatNya benar-benar RELEVAN !

>>> Peringatan buat aku, engkau, mereka. Ya..utk kita semua yg bergelar HAMBA.

Thursday, January 13, 2005

Petang semalam...

1. Petang, aku ke PPD Rompin. Sahabat aku ex-GSTT telah sedia menanti di sana. Objektif utama adalah utk bertemu Pegawai di PPD yg in-charge bhg.sekolah menengah. Mission accomplish. Berjaya mendapat jawapan yg agak memuaskan hati. Aku tak perlu menghadiri temuduga utk menyambung kontrak. Just wait and see. Selepas 4 bulan Insya Allah..ada harapan utk aku apply KDC bagi meraih jawatan guru. Permanent. Jika tawaran tu wujud lagi la utk 2005 ni.

Jika ada rezeki maka dapatlah aku kembali bertemu anak2 murid aku yg dirindui..:) Paling cepat minggu depan. Paling lewat bulan depan. Serahkan segala pada-Nya. Bukankah kita ini milik-Nya yg mutlak.

Petang semalam juga staff Jabatan Perangkaan call aku. Aku diminta menghadiri temuduga utk jawatan Penolong Perangkaan. 4 bulan kontrak dan jika excellent maka harapan utk mendapat jawatan permanant adalah cerah. La...abis tu ?

~Semuanya adalah ketentuan-Nya. Iradah-Nya. Dan aku mula tak keruan utk memilih lorong kehidupan akan datang...
Kata-Kata Hari Ini


1. " Kekecewaan dan kegagalan adalah titik tolak kejayaan yg lebih bermakna. Kekalahan adalah iftitah kepada kemenangan yg lebih akbar ! "

~Salju Sakinah. Siri 5. Utusan Malaysia.11 Januari 2005~


2. " Man Arafa Nafsahu Faqad Arafa Rabbahu."
~Barangsiapa kenal dirinya maka dia kenal tuhannya.
~Kata2 yg sering kali terbit daripada bibir ahli sufi/tasauf.


Monday, January 10, 2005

Membaca Pakdi.com


1. Tertarik dgn cerita Pakdi, rakannya yg telah didaftarkan sebagai Puteri Umno oleh makciknya sendiri.

~Apa mau hairan ? Kawan aku sendiri ( Pemuda UMNO JB ) mengaku dia pernah buat perkara yg sama. Mendaftarkan keahlian di sesuatu cawangan. Ahlinya ? Ambil saja nama2 ahli dari Kelab..( Tak perlulah aku sebutkan di sini ).

~Begitulah juga situasinya ketika ingin menubuhkan cawangan baru. Ahlinya tiada. Maka wujudlah pengambilan ahli2 ghaib :). Ingin tahu mengapa ? Kawan aku cakap..ala biarlah, yg penting kita dpt peruntukkan barang2 bg pejabat cawangan. Kos utk peruntukkan branch.office aku dimaklumkan berpuluh ribu. Masakan tidak cecah puluh ribu jika barang yg dihantar lengkap semuanya. peralatan pejabat..fikir sendirilah. ( Laptop ? ). Lastly, brg2 tersebut menjadi kegunaan peribadi.

~Aku ? " Entahlah labi. Biarkanlah luncai terjun dengan labu-labunya..."

~Kepada Emma di diaryland.com...sabarlah dlm menghadapi penipuan dan manipulasi hidup ini :)

Wassalam.
SENYUM KAMBING

Si A " RM2 juta belanja jadikan Kota Bharu bandaraya Islam."
Si B " Bolehlah bina serban besar di bulatan jam."

~Dialog Kartun Senyum Kambing. MIngguan Malaysia 9.1.2005

Kesal..kesal..dan kesal. Itu yg terlintas difikiran. Terlalu ghairah utk memperlekehkan Kerajaan Negeri Kelantan tapi mengapa perkataan SERBAN dimasukkan.

Semua org tahu MB Kelantan pakaian wajibnya adalah serban. Rakyat Kelantan pun begitu. Mengapa ia mesti diperlekehkan. Serban pakaian nabi. Barangsiapa yg memakainya dpt pahala. Pahala mengikut sunnah baginda. Takkan benda ni pun tak hadam lagi ? Mengapa SERBAN mesti dipandang sinis ?

Nafsu untuk mengkritik Kelantan terlalu tinggi tanpa menyedari ia adalah bentuk penghinaan kpd pakaian Rasulullah s.a.w walaupun tanpa disedari.

Kelantan ingin jadikan KB bandaraya Islam, biarkanlah,kenapa mesti iri, hasad dan dengki ?
Langkawi bersama Helang raksasa di datarannya, tiada siapa mahu kritik ia satu pembaziran, penyu gergasi di zaman pemerintahan Wan Mokhtar tiada siapa yg mahu perlekeh. Tugu negara di KL walaupun pembinaannya patut dipertikaikan dr segi hukum Islam tiada pula yg nak hentam ( Bukankah ia menyerupai berhala ? )

Selangor menjadi negeri maju kita alukan ( Walaupun menjuarai carta buang anak, rogol dan jenayah2 lain ), Melaka dgn Bandar bersejarah kita raikan, Kelantan dgn bandaraya Islam kita perlekehkan ?

Sedih, masih ada manusia Islam ( Senyum kambing ni Islam ke ? Ntah ! ) yg merendahkan hasrat manusia Islam lain yg mahu membina bandaraya Islam. Orang bukan Islam tak bising pun..yg bising adalah org yg mengaku Islam. Projek belum jalan, dah ada yg memandang rendah...utk memberi sokongan jauh sekali.

Maka jadilah dia pengampu sampai mati !

P/S : Si Senyum Kambing baca ke blog aku nih ? Apa2 pun hati-hati bila mengampu, kelak iman tercicir tanpa kita sedari. Peringatan utk aku juga. Kalian bagaimana ?


Tuesday, January 04, 2005

Hobiku..hobimu
( dedicate 2 rebelseventh )

1. Malaysia Out lagi di semi final Piala Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak Tiger walaupun mendahului dgn gol cantik Khalid Jamlus.

- Bagus juga out...aku dok terfikir, bangga amatkah kita dengan menjulang Piala Arak tu ? Negara Islam menang piala arak. Mungkin kita akan bangga jika menjadi antara 10 org yg dilaknat kerana arak.

- Mungkin ada yg kata " Saya tak minum arak, promosi sikit2 tu ada la. Bukan promosi utk org minum arak, promosi utk bolasepak. Itu pun salah ke ? "

- Nampaknya Persatuan Ulama Malaysia kena buat statement lagi. Bukan apa, nak tunggu Majlis Fatwa mungkin 2 tahun lagi baru keluar kenyataan.

2. Man United terselamat lagi dr kekalahan memalukan dek kesilapan bodo, besar penjaga golnya di Old Trafford.

- Adat bola memang gitu. Kalau tidak, Argentina tak akan menang pula Piala Dunia '86 sekiranya linesman nampak Maradona score dgn tangan. Semua sudah tertulis.

- Aku amat tertarik dgn kenyataan membela diri linesman perlawanan Mu-Spurs tu..

"Pemain Spurs merembat dr jauh. Saya hanya menjalankan tugas sebagai linesman, tugas saya adalah melihat pemain pertahanan terakhir utk melihat keadaan offside atau tidak. Tiada apa yg dpt saya lakukan kecualilah saya boleh berlari lebih laju drpd Linford Christie.."

- Apa2 pun MU ketinggalan 11 points. Perit siyol nak kejar !


Teringat...

1. "Kami buat konsert dalam dewan tertutup. Dan konsert ini bukanlah utk sambutan tahun baru tapi utk menarik minat pengunjung datang ke pameran kami. "

- Kata Ketua Menteri Melaka setelah ramai mengesali tindakan Melaka yg ingkar arahan Allah Pak Lah.

- Konsert ini lebih mulia sedikit barangkali..? Bersama penyanyi lelaki yg berambut panjang dan bersubang ditelinga. Saksi ? Jurugambar TV3.

2. Acheh & Turki. Masjid Baiturrahman, Acheh( 26 Disember 04 ) = Masjid di Golcuk,Turki ( 19 Ogos 99 ). Kesamaannya..kedua-duanya berdiri teguh walaupun menghadapi gempa bumi yg dahsyat.

- Masih adakah manusia yg ingin mengambil iktibar drpd keajaiban ini ? Ada satu tempat lagi yg mungkin akan selamat sekiranya berlaku gempa bumi. Planet Hollywood KL. Anda setuju ? Sila angkat tangan. :)



Saturday, January 01, 2005

Alangkah indah... ( Harapan 2005)
1. Alangkah indah jika acara solat hajat dan doa dibuat setiap tahun ( Mcm mlm tadi...)
2. Alangkah indah jika tol tidak naik percent nya bahkan turun pula ( Mimpikah aku..? )
3. Alangkah indah jika semua bank tiada lagi riba alias interest
4. Alangkah indah jika kedai 4D dan TOTO kian surut tahun ini. ( Tpt aku dpt kedai baru )
5. Alangkah indah jika cukai pintu dihapuskan terus spt 4thn lalu
( Rintihan rakyat Terengganu..)
6. Alangkah indah jika todi semakin sukar dicari.
7. Alangkah indah jika insan yg tiada bukti kesalahan dibebaskan bertemu keluarga mereka.
8. Alangkah indah jika Berita Harian, Utusan & Harakah dpt dibeli setiap hari ( Kesaksamaan media ? Aku beli kedua-duanya ! )
9. Alangkah indah jika Al-Quran dan As Sunnah berada teratas di antara yg atas.
10. Alangkah..alangkah..alangkah... ( Bolehkah ia menjadi realiti ? Aku tak berhenti mengharap, bak lagu Sheila On 7 )
SELAMAT DATANG 2005

Sejuk mata melihat di kaca TV, umat ISlam Malaysia ( Termasuk pemimpinnya ) menunaikan Solat Hajat dan doa di masjid. Tiada konsert countdown. Buat Pak Lah..terima kasih. Moga keadah baru merai tahun baru ini diteruskan setiap tahun ( Harapanku ini tipis rasanya )

Setelah saban tahun Konsert Countdown menjadi raja di pagi 1 Januari. Tidak kolot rasanya ( Seperti kata Kalam dlm Metro ) jika kita meraikannya di masjid.

Penulisan terbatas..sambung petang nanti . Insya Allah. Permisi.

Wednesday, December 29, 2004

PENDEK - PENDEK



1. Malaysia menang separuh akhir pertama di Bung Karno. Nak sokong pun pening. Piala Tiger beb.

2. Semalam ke Airport Kuantan, hantar Mak Pupu dan suaminya yg akan menunaikan Haji. Melengkapkan rukun Islam ke 5.

3. Tsunami. Amaran dr Pemilik Kerajaan Langit dan Bumi. Siapa sangka negara yg bebas dr lingkaran gunung berapi ini boleh menerima tempias bala. Apa2 pun manusia tetap angkuh. Peduli apa dengan gempa bumi..peduli apa dgn tsunami...janji rock. Aku cadangkan Konsert Sure Heboh dan Countdown 2005 di buat di Pantai Kuala Muda. Kalian setuju tak..?

Ada kerja. Sambung lain kali...

Tuesday, December 21, 2004

...LONG JOURNEY...

Sudah 6 hari blog ini tidak di update. Bahan utk aku update ghaib sebenarnya. Biarlah, ada peluang nanti aku lampirkan di sini.

Aku saat ini berada di Kota Masai, Pasir Gudang JB.
Jam 10 p.m nanti aku akann bertolak ke Kedah, lokasi utama adalah Langkawi le :).

Jika kerana belum pernah kaki menginjak ke pulau lagenda Mahsuri ini rasanya pelawaan makcik aku akan aku tolak mentah2. Tapi oleh kerana belum pernah sampai, maka akan leburlah juga duit gaji aku yg tak seberapa ini.

Yang pastinya aku akan bergilir memandu kereta membelah kesejukan mlm di Highway PLUS yg asyik PLUS 10 percent setiap 3 tahun ( Hampas ! ),sekali haram belum pernah minus.


...POLIFONIK PUNYA HAL...

Makcik aku dah 2 minggu pelik. Kredit handsetnya asyik berkurang walaupun tak buat panggilan.
Akhirnya hari ini baru terjawab,kredit dipotong setiap minggu lantaran anaknya yg darjah 3 men DOWNLOAD lagu polifonik dari akhbar.

Download setelah terpengaruh dengan caj 50 sen bagi setiap lagu. Tapi tak membaca terma perjanjian, sekiranya download dibuat maka keahlian berjalan secara automatik. RM 1.50 dipotong setiap kali list lagu dihantar ke handset.

Dan aku hari ini terpaksa membelek sehelai demi sehelai surat khabar bagi mencari nama syarikat tersebut utk OFF kan keahlian. Mujur juga berjumpa, jika tidak setiap minggulah kredit melayang.

Lebih menyakitkan hati, utk kita OFF kan keahlian..RM 5 dipotong lagi ! Ini bukan cekik darah lagi tapi minum darah, saiz gelas air buah !
Tak hairanlah keuntungan syarikat2 ni RM 70 juta lebih !

Kesimpulannya
1.Syarikat yg bikin lagu memang bijak mcm tapir. Terma pemotongan kredit tulisan font 4 aku rasa. Kecik nak mamp#$%!

2.Jangan bagi budak bawah umur download lagu tak tentu pasal.

3.Nak lagu yg murah ? Aku cadangkan kalian ke www.jiwang.org Hanya caj penghantaran dikenakan, 1 lagu sekitar 20-40 sen je.

OK. Permisi dulu. Ada usia..rezeki..dengan izin-Nya kita berjumpa lagi. Assalamualaikum.



Wednesday, December 15, 2004

Bola 1..bola 2..roger and out


1. Malaysia berjaya membenam Siam Thailand. 2-1. Aku secara jujur memang tidak berminat sangat dgn bolasepak Malaysia. Baik Liga Super mahupun Liga Perdana. Tapi apabila melibatkan perlawanan antarabangsa sokongan tetap di beri ( Patriotik jugak la sikit ) :)

Semalam Khalid Jamlus menjadi wira. 2 minit..2 gol. rezeki dia, dalam Berita Harian semalam ruangan surat pembaca, teruk juga dia dihentam peminat. Khalid dilabelkan sebagai pemain Kelas B yg melambatkan gerakan skuad Malaysia. Bagi aku Khalid Jamlus OK, cuma dia agak perlahan( maybe berat badan kena turunkan sikit kot ).

Aku saksikan melalui NTV 7. Astro Star Sport ( Ch82 ) pun ada siaran langsung tapi siaran langsungnya 4 minit lambat daripada NTV7. Siaran langsung kejadah hapa apa macam tu ?

2. Man United kelmarin mencicirkan 2 mata. Sekadar seri dgn Fulham. Ramai orang meramalkan Chelsea akan merangkul kejuaraan liga perdana setalah kali terakhir 1955.( Kalau tak silap la ). Balance 20 games apa cerita beb ? Musim masih panjang. Suatu masa dulu Arsenal begitu jauh meninggalkan pesaingnya kini tertinggal 5 mata dgn pendahulu liga.

>>> Ada ke org berminat membaca catatan bola aku ni ? Aku rasa dlm geng blog nih mcm aku sorang je gila bola. Takpelah, yg penting hati puas beb !

3. Aku rajin jugak singgah ke blog Nazmi Yaakob ( Reporter BHarian). Blog buku nota ( Link ada pd blog aku ni ). Seronok membacanya. Dalam senda gurau ada juga terselit kritikan membina. Syabas buat Nazmi.

>>> Beliau juga seorang penulis. Kalau kalian pernah baca la, antologi cerpen,Pijar Kinanah. Aku bukanlah peminat sastera yg tulen tapi adakalanya membaca novel/cerpen mampu memberikan kepuasan. Untuk aku sendiri menulis rasanya belum mampu :)


Buat Nazmi : " Sorry publish gambar tanpa izin ! "


Sunday, December 12, 2004

1.Banjir & Walimah


Banjir di Pantai Timur. Sudah ada yg kehilangan nyawa.Di Beserah, Kuantan ( Farida Hanim ex KMR ) walimahnya hari ini. Hajat hati nak pergi tapi...( Alasannya adalah seperti berikut )

a.Jarak rumah dia dengan rumah aku sekitar 170km. Agak mustahil mak aku bagi aku drive sendirian ke sana.

b.Jalan menuju ke Pekan diberitakan banjir. Bahaya utk bot-bot kecil, apatah lagi untuk seekor kancil yg ingin membelah jalanraya :)

Apa2 pun aku doakan moga majlisnya berjalan lancar dan keadaan di sana kering serta sesuai utk para jemputan menghabiskan hidangan yg disediakan. SELAMAT PENGANTIN BARU !


2.Pengantin Lama


Dah 3 keping nizar publish gambar pengantin. Pengantin baru. So, aku rasa nak publish juga gambar pengantin,tapi pengantin lama la. Pengantin nih dah timang anak pun, dpt baby girl Ainin Sufiah. 19 dis ni genap setahun perkahwinan mereka. Terimalah gambar teman sebilik aku... Shahiran & Zainorrina. ( Both of them are KMREAN )

>>Dari kanan : Ntah tak tahu sapa,Hafizah KMR ( Baru kawin daa..),Kak Mazila Salleh, Kak Zarina Mokhtar, Induk@Rosnani. ( Kesimpulannya semua adalah warga KMR :) kecuali yg tepi sekali, khabarnya kawan Pizah ). Buat Firdaus Andrew ( Cameraman ) sorry la gambar kau takde.


3.Depan rumah

Semalam hujan menggila. Start jam 10 mlm hingga jam berapa aku pun tak tahu. Sedar2 pagi ni air dah memenuhi sungai. Tebing sungai pun dah ghaib. Kalau hujan lagi hari ini maka ada harapan la aku memunggah barang2 bahagian dapur rumah aku utk naik ke atas.



Kay. Stop dulu. Sambung cerita di lain masa. Ada usia, dengan izin-Nya jua.
~ingat Allah jiwa kan tenang~

Wednesday, December 08, 2004

SATU

Aku diberitakan..ada sahabat yg nak buat walimah. Yg musykilnya..nikah dengan org lain..dlm kad nama pengantin perempuannya lain pulak..
Aku punya teori :-
1.Kawan aku/kita tu kawin 2 kot hehehe
2.Pengantin perempuan ada 4 nama dlm sijil surat beranak.
3.Kawan aku/kita tu terambil kad org lain.
4.Kedai buat kad tu saja dengki agaknya...

~Apa2 pun hanya dia yg bisa menjawab segala persoalan.
DUA

1.Jika kita kurang minum air masak, kita akan sakit tekak. Ubatnya DEQUADIN. Boleh dibeli di Farmasi

2.Perut kosong,kesejukan menyebabkan angin yg ada dlm perut berlumba2 naik ke dada. Dan anda tak mampu utk tidur sepanjang mlm bahkan nak baring pun tak boleh.Asid dlm perut turut memainkan peranan dlm hal ini.
( Err..Doktor betul ke statement ni ? )

3.Barangsiapa yg baru nak memulakan Puasa 6 pd hari Rabu 8 Dis, maka puasanya akan menjadi Puasa 5 kerana bulan Syawal kali ni sampai 29hb je. 13 Dis ni dah masuk 1 Zulkaedah.

Saturday, December 04, 2004

www.pakdi.com

Pakdi. Itulah nama timangannya. Tak tahulah aku, jika dlm IC pun nama dia mcm tu. Dulu blogspot. Kini beralih kpd .com. Dulu banner blog dia ada gambar 2 ekor orang utan, kini tidak lagi. Mungkin dia ingin lebih serius mengkritik. Yg memperkenalkan aku dengan karyanya, Paiji la. Thanks sahabat. Yg pasti tulisannya kerap PANAS dibaca. Jika tidak panas masakan PDRM pun menjenguk laman webnya.

Sejak dulu lagi aku gemar membaca tulisannya. Kritikan yg bernas. Bagi aku dia tidak memilih TEAM. Adakala TEAM A dihentam TEAM B disokong. Tapi adakala sebaliknya pula yg berlaku.

Bagi aku jika kritikan itu lemah hujahnya atau dlm bahasa yg lebih indah, kritikan bodoh tak berfakta, selayaknya tulisan dia dicampakkan ke Sg. Gombak. Tetapi jika dibaca dengan hati yg terbuka ada kebenarannya. Oleh itu adakah wajar kebenaran yg wujud kita tepis atau sapu ke bawah carpet ?

Seperti kata dia, dia adalah manusia yg tak lepas drpd buat silap. Kepada pembaca tulisannya jika terdapat kesilapan, tegurlah. ( Pakcu mcm backing Pakdi je..). Terserahlah..tapi aku pun macam pakdi juga, seorang manusia !
Apasal ni ?



Buka blog sendiri. Sakit apa ntah blog ni. Satu column lagi ghaib. Entah la labu. Kebosanan melanda bila dah tak tahu nak buat apa. Beberapa hari lepas aku beli CD Man.United Season Review 2001-2002. Tahun pertama buat Nistelrooy. Beli sebab terpengaruh dengan nazmi Reporter tu la. ( www. bukunota.blogspot.com ). Bila nak tengok entah,CD Shark Tale pun belum tengok lagi.

Melihat pd akhbar utusan hari ini... Kalian baca dan fikir sendiri la. Hak untuk bersetuju atau tidak dengan kenyataan di akhbar tu bukan kuasa aku utk menentukannya.

Negara, agama tidak boleh dipisahkan - Dr. Mahathir

DOHA (Qatar) 3 Dis. - Oleh kerana Islam adalah satu cara hidup, ia turut termasuk kerajaan sesebuah negara demi kesejahteraan rakyatnya. Jika kita tidak mematuhi prinsip agama dengan itu kita telah melanggar susunan sosial, yang membentuk kerajaan sesebuah negara.
Itulah kata-kata bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed semasa memulakan hujah pada siri `Debat Doha' bertajuk This house believes in the separation of the mosque and state (Rumah ini percaya bahawa masjid dan negara perlu dipisahkan) pada 30 November lepas.

``Apa yang memisahkannya ialah dalam melaksanakan tanggungjawab itu, kerana ulama tidak boleh menjadi pakar dalam pentadbiran (mana-mana negara)''. Jadi kedua-duanya saling berkait," hujahnya sambil menjelaskan bagaimana prinsip Islam dan prinsip kerajaan tidak boleh dipisahkan.

Dr. Mahathir menerima tepukan gemuruh apabila beliau memberikan contoh penggelapan dana menggunakan teknologi canggih, yang tidak dijelaskan dengan terperinci dalam Al Quran atau Hadis.

``Pada prinsipnya, mengambil barang yang bukan hak anda adalah salah dalam Islam. Oleh itu perbuatan jenayah itu patut dihukum. Negara, yang mendukung keadilan (dan melaksanakan hukuman) adalah mematuhi prinsip keadilan dalam Islam,'' katanya.

Larangan terhadap pemakaian tudung bagi orang Islam dan simbol agama lain turut membuktikan agama dan negara tidak boleh dipisahkan di negara-negara yang kononnya sekular, katanya tanpa menamakan negara terbabit.

Sebaliknya, negara-negara sekular yang mendakwa tidak mencampurkan agama dan negara telah mengabaikan moral.

``Akibatnya, pada hari ini anda menyaksikan keruntuhan moral (yang mencapai ke tahap) paderi mendedahkan melakukan hubungan seks dengan kaum sejenis di gereja,'' katanya. - Bernama

>>>Bagaimana pula dengan keruntuhan moral remaja Malaysia ? Siapakah yg melambakkan hiburan melampau2 yg kesannya bukan sedikit dlm menjahanamkan anak bangsa. Yg lebih penting lagi anak2 orang ISLAM. <<<

>>>Mungkin kesan hiburan, konsert2 ni tak berapa teruk..jumlah anak luar nikah pun bukan ramai sangat..berpuluh ribu je..belum sampai ratusan ribu pun kan ? <<<

>>>Tak kisahlah, apa2 pun bersama-samalah kita memertabatkan Islam dan meletakkannya di tangga paling atas. Kerana apa ? Kerana kita orang Islam la ! Moga kita bukan penyumbang kepada keruntuhannya.<<<

>>> Macam best je..Try le http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=10817

Thursday, December 02, 2004

~Ya Allah...Tiada Siapa Yg Mampu Menghalang Apa Yg Ingin Kau beri Dan
Tiada Siapa Yg Mampu Memberi Apa yg Kau Halang~

Monday, November 29, 2004

APA SAJALAH...

>>Siapa bilang Arsenal terlalu gagah untuk di"BUNGKUSKAN" ? Pagi tadi menyaksikan The Kop side membuktikannya buat kali kedua setelah anak buah Ferguson membuktikannya pd Oktober lalu di Old Trafford. ( Dan pagi tadi Arsenal memepersembahkan permainan terburuk mereka utk musim ini..) <<

>>Semalam, terjun ke laut bersama kaum kerabat aku. Objektif hanya satu, mencari kupang ! Sungguh kampung ini dianugerahkan sumber laut yg jarang ada di kampung2 lain. Selain kupang pantai kg aku menjanjikan kepah, kerang, bagek dan entah apa2 lagi makhluk yg aku sendiri pun tak pernah cari & makan ( tapi boleh dimakan la ) . Rezeki kurnia Allah ada di mana2. Syukur pdMu ya Allah.<<

>>Kalian kenal Azizi KMR ? Alaa..Exco R&D MPP satu masa dulu. Tiada apa, cuma dia manusia yg rajin beraya, bermusafir ke rumah aku sempena hari raya. So, sesiapa yg terlajak ke Johor sudi2kanlah beraya ke rumah aku. Kerepek pedas masih ada aku simpan utk kalian.:) <<

Thursday, November 25, 2004

Kahwin sana sini.

Geng Blog rajin betul publish kenduri sahabat2. Bagus la, kahwin mesti heboh. Tak gitu ? Sepanjang cuti sekolah ini 4 kenduri yg perlu dihadiri..( Entah sampai entah kan tidak )

1.Semua dah tahu Cik Datin Sakinah ( Gelaran Cik bakal lebur dlm masa beberapa hari lagi ):)
Venue : Parit Amat Darat, Muar
Date : 4hb Dis. ( Sila tengok blog paiji la..)

2.Farida Hanim Bt Mat Ghani ( KMREAN ) Venue : Beserah, Kuantan. Date :12hb Disember 2004 . ( Kad belum sampai tapi SMS sampai dah.)

3.Ahmad Fuad Yahaya ( Kalian tak kenal..Member sebilik aku di Aspura ) Warden daa..5hb Dis 2004. Dan aku, nampak gayanya mungkin ke Mentakab. Ada harapan putus kawan jika tak hadir nih..

4.Mohd Usra ( Yg ni pun kalian tak kenal jugak..rakan setugas di sekolah, saja je bagi tahu )
Yang ni dekat je. Rompin.

OK. Sekian utk hari ini.
P/S : Ada sahabat aku , memenuhkan waktu lapangnya dengan belajar Quran. ( Masa kecik dulu tak sempat belajar ) Bagusnya...kalau semua orang yg kurang lancar bacaannya boleh buat macam ni kan..?

( Ye la..tak semua orang mampu mengaji dengan baik..bukan apa..nanti nak ajar anak, tak ke pening kepala...? Takkan nak hantar mengaji ke rumah org lain ? Itupun kalau ada la..kalau tempat kita tinggal tu tiada Guru yg sanggup ajar..? Maka tak pandai mengajilah anak kita jawabnya ! )

Wednesday, November 24, 2004

RAYA, new baby and what i did a few days ago

  • Hari ini adalah 11 Syawal 1426 H, pantas sungguh masa berlalu. Ini bermakna tinggal lagi19 hari lagi sebelum tarikh utk Puasa 6 expired. Yang lebih pasti, aku belum mula puasa pun walau sehari...Bila nak start ? Entah !

  • 3 hari lepas, jumlah anak saudara meningkat kepada 3 orang. Dapat seorang lagi, Muhammad Irfan. ( Ejaan Muhammad tu sama dgn Pakcu dia ). Dan mungkin beberapa hari lagi jumlah ini akan meningkat kepada 4 orang. Maka bertambahlah manusia yg akan memanggil lelaki muda ini PAKCU :)

  • Semalam aku mengulang kembali pembacaan novel JIBAM yg telah kukhatamkan beberapa tahun lalu. Pernah dengar ke ? Novel tulisan Ujang ( Pencipta asal komik ujang ). Menarik kisahnya...kisah budak terencat akal ,hasad dengki manusia yg tak pernah padam sejak Habil & Qabil dan diselitkan unsur humor yg mampu membuatkan urat perut tergeliat :). Kalau rajin, cari la..terbitan CREATIVE.

  • Beberapa hari lepas, beli album baru Hijjaz. "Damai" . Terjumpa secara tidak sengaja di Megamall, Kuantan..langsung aku tak tahu yg mereka ada release new album. Aku yg jarang baca paper atau promosi mereka tak bagus ? Musykil..musykil.. Lagu2 nya ? Buat masa ni aku hanya menyukai lagu Berkorban Demi Cinta. Komen secara jujur..Album Pelita Hidup 3 jauh lebih hebat drpd yg ini !


The Other Stories...

>>Pagi tadi Sir Alex Ferguson meraikan kemenangan Man U ke atas Lyon dlm Champs League, perlawanan ke 1000 buatnya. Lama betul org tua ni di Old Trafford,18 tahun. Bila mau pencen daa... <<

>>Syampoo rambut pagi tadi. Lembut je rambut. Bukan itu kisahnya ! Kisahnya : Melihat pada ingredients pd botol sampoo, SODIUM LAURETH SULFATE ada terkandung di dalamnya..ini bermaksud anda terdedah kepada bahaya KANSER ! Tapi apakan daya kebanyakkan syampoo ada bahan kimia ni. Fungsinya bukan apa pun, hanya sebagai "Bikin buih kasi banyak je ". So terpulanglah...<<

>>Tak dapat ke walimah Sepol & Azizah kerana mendapat anak saudara baru. Maaf sahabat. Hajat di hati memang nak pergi walimah kalian berdua. Moga bahagia hingga akhir hayat.<<

belum terlewat rasanya utk mengucapkan...

SELAMAT AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN. Mohon dihalalkan segala yg terlebih dan terkurang. Harap sangat2 kalian tak tuntut di akhirat kelak.

Monday, November 01, 2004

update

Sudahlah jarang2 update, bila update tulisan pula ghaib gara-gara update Download Accelerator. Ghaib semuanya. Sabar..sabar...

Ada yg bertanya kenapa dah lama tak update ? Entahlah, aku pun tak reti nak jawab. Takpe la aku cuba jawab : Malas mungkin juga. Keduanya, aku rasa tak berbaloi jika update sekadar utk bercerita kisah aku di sekolah, rumah. Bak kata org sastera "Karya Picisan"( Jika blog ini dianggap sbg 1 karya )...

Bagi aku setidaknya setiap kali update perlu ada bahan utk dikongsi bersama yg boleh dijadiakan renungan. Paling penting ia boleh dijadikan bahan utk difikir bersama bukan RENUNG sahaja !

Tak Bai

Aku penuh yakin dan percaya kalian telah hadam kisah memilukan saudara2 kita di Selatan Thai ini. Perangai kafir laknatullah sama sahaja. Sangkakan Ariel Sharon, Bush sahaja yg keji rupanya Thaksin juga manusia terkutuk.

Kepada pembaca sekelian, rasa pilu belum cukup utk membantu mereka. Setidaknya di malam2 mulia Ramadhan ini mengapa tidak dipanjatkan doa kepada Yang Esa lagi Maha Gagah dan Perkasa ? Bukankah doa adalah senjata paling ampuh utk setiap mukmin ?



Ikhlas

Satu perkara yg aku ingin timbulkan di sini adalah ikhlas. ( Utk difikirkan bersama )
Akhir2 ini aku tertanya2 pd diri sendiri. Apa itu ikhlas ? Jika di lihat pd Kamus Dewan ikhlas bermaksud : hati suci, tidak menipu atau tidak pura2.
Cth ayat yg diberi : dia menolong dengan ikhlas. ( menolong dgn tidak mengharap apa2 balasan )

Ikhlas juga rahsia Allah. Hanya DIA yg mengetahui keikhlasan hamba-Nya. Malaikat pun tidak tahu ( Tinggi betul darjat ikhlas ).

Cuma yg aku tertanya-tanya. Kita selalu beribadat, contohnya solat. Dipenghujung niat mesti disertakan dgn Lillahi taala @ Kerana Allah Taala. Semua ibadat dilakukan adalah kerana-Nya, tanpa ada sebab2 yg lain. Tapi...dlm kepala ini, selalu di set kan..buat amal banyak2 nanti dpt syurga. Err..apakah ada keikhlasan yg sebenar di situ ? Berbuat amal utk masuk syurga ? ( Memang semua org nak masuk syurga & Allah pun dah janji )..Habis bagaimana pula dgn niat Lillahi Taala tadi ?

Ada seorang sahabat berkata pada aku. " Kita selalu buat kerja ikhlas tapi dlm masa yg sama mengharapkan balasan." ..Buat itu ..buat ini mesti dapat ganjaran.

Bagi aku..kita seharusnya beribadah tanpa memikirkan hal pahala, syurga kerana semuanya milik-Nya jua. Patutkah kita sebagai hamba yg dah dpt mcm2 nikmat ni kemudian Allah permudahkan hati kita utk beribadah..lepas beribadah dlm kepala kita mula berkira2..aku dah banyak beribadat hari ni ( Kita dpt beribadah pun dgn Izin-Nya jua )

Memang Allah telah berjanji dan Dia tidak akan mungkir. Tetapi sebagai hamba kita seharusnya beramal dan terus beramal tanpa mengira apa jua yg Dia nak anugerah.
Aku bimbang dengan sikap selalu berkira-kira dengan Allah..kelak Allah berkira2 dgn kita di akhirat..

Pasti sahabat2 pernah dengar cerita seorang Abid yg beribadat..500 tahun di sebuah Pulau. Dikurniakan airmata air dan buah delima setiap hari. Apabila nak dimasukkan ke dlm syurga dia berkata nanti dulu "Aku ingin masuk syurga dgn amalanku."
Lalu Allah perintahkan malaikat menimbang amalan 500 tahunnya dengan nikmat sebelah mata / penglihatan yg Allah kurniakan. Nyata nikmat mata itu lg berat berbanding amal 500 tahun, maka dia layak menjadi penghuni neraka.
Dan apabila nak dicampakkan ke neraka barulah dia mohon dgn Allah..Ya Allah masukkan aku ke syurga dgn rahmat-Mu... barulah dia dimasukkan ke syurga...

Kita beribadat baru beberapa tahun..tapi demand macam2. Sedangkan Allah lebih mengetahui.

~Songsangkah pendapat aku hari ini ? Rasanya OK sahaja.
~Jika kawan2 ada jawapan yg lbh baik..boleh utarakan. Jawab dlm blog kalian pun OK juga. Siapa tahu ulasan kalian boleh melepaskan aku drpd terus tertanya-tanya..

~ Beribadat dan terus beribadat tanpa memikirkan ganjaran..terserah pada-Nya nak bagi apa pun pd kita, bukankah Dia Maha Mengetahui setiap perilaku hamba-Nya.

Hal2 Lain

  1. Sekolah tinggal lagi 7 hari.
  2. Kuasa2 besar dlm EPL agak goyah musim ini. Season yg paling mencabar buat Man.U, Liverpool dan Newcastle.
  3. Dahsyat juga anak murid Nizar. Zar jgn smapai kau kena surat tunjuk sebab. :). Alaa..GSTT, nak buang pun tak hairan. Betul tak nizar ? ( Tapi aku rasa Pengetua kau tak baca blog kau haha )

Monday, October 25, 2004

LAMA AMAT

Lama betul tak update blog ni. Bising kengkawan. Maaf la sahabat, daku bizi dengan final exam ank murid, then kena siapkan markah dlm masa seminggu. Tak banyak kelas 4 je. 2 subjek Geografi dan 2 subjek Matematik ( Paper 1 & 2 ). PC pun jaraknya 50km dr jari tangan aku ni.

Bulan Ramadhan ni nak cakap apa pun tak tahu. Nak bagi tazkirah pun kalian lagi hebat dr aku..:) Yang penting bersama2lah kita memeriahkan Ramadhan dengan amalan yg boleh mendekatkan diri kita kpd Allah.

Minggu depan je la sambung sebab Pahang cuti 3 hari lagi ( Sambut Nuzul Quran )

LAIN-LAIN
  1. Manchester United berjaya meleburkan rekod tanpa kalah 49 perlawanan Arsenal. Walaupun penuh dengan kontroversi..yg menang tetap menang kan ? Bagi penyokong Arsenal..jgn la ingat Gunners tak pernah menang dengan bantuan pengadil dan penipuan pemain. Robert Pires tu boleh tahan jugak lakonannya utk dpt penalty satu masa dulu. Apa-apa pun Viva Man U.
  2. Kpd Pn.Sitreen ..apa khabar ? Mesti tension sebab blog ni dah lama tak update. Sorry makcik.
  3. Dengar khabarnya ramai sahabat2 hendak bina masjid lepas raya nanti. Kepada blogger yg dah ada maklumat tu silalah maklumkan kepada sahabat2 yg lain. Nasri oh nasri..moga selamat sejahteralah perjalanan hang..:)

K Sahabat. Ada umur, rezeki Insya Allah ketemu lagi. Assalamualaikum




Tuesday, September 28, 2004

NOTA PENDEK

  1. AKU TAK PUNYA MASA YG BANYAK..hujung minggu ada je program. Kalau tak program sekolah, program pribadi aku...
  2. KPLI..tak layak ! Apa-apa pun alhamdulillah. Itu yg lebih utama. Rayu je la selagi boleh rayu.
  3. Lama dah tak up-date. Ramai agaknya peminat dok menanti komentar serta cerita aku hahaha ( Masuk lif anda kena tekan butang sendiri la.. :) )
  4. Minggu lepas, Sabtu, Ahad..aku ke Pulau..ntah apa ke nama aku pun tak tahu..Aktiviti ? Berkhemah la beb. Punya la seronok..mandi laut..airnya hijau..jernih..macam kat Tioman je rasanya.
  5. 27 September 2004. Shahiran Bin Mat Hasan ( Asri sebut Mat Husin )..mursyidul am Darul Ulum dan Zainorrina Bt Zainal Abidin..selamat menimang cahaya mata pertama. Ainin Sufiah. Daha jadi bapak rupanya abang aku yg hensem nih ( James Dean @ Dung ). Tahniah buat mereka berdua. ( Buat Shah..perangai biaq senonoh sikit..hang dah jadi bapak ! ) Hehehe

~OK la kengkawan. Aku permisi dulu. Mahu pulang ke asrama.

Sunday, September 12, 2004

NOTA 1

Rabu,8hb September 2004. Lepas tamat waktu persekolahan, pulang ke hostel kemas brg lebih kurang ( sebelum tu melantak nasi minyak kat dewan makan, sedap la pulak )...start JEX dan terus pulang. Negotiate dgn bonda..nak ikut katanya. Hajat hati taknak la menyusahkan sesapa tapi dah bonda nak ikut jugak..tak mengapalah..( Rupa-rupanya ada juga hikmah ! ) :)

NOTA 2

Khamis, 9hb Sept. 2004. Bangun sebelum subuh lagi. Bersiap utk ke HQ SPA lama. Park kereta kat Sg.Besi. Naik LRT ( Bersama bonda la..tak kisah la korang nak kata anak emak ke hapa ke..)
Sampai PUDU..teksi ada 2 buah je..Munasabah ke dr PUDU menuju ke area sekitar Masjid Negara kosnya RM20 ? Manusia melayu yg cuba ambil kesempatan ke atas manusia melayu lain. Di saat keperluan mendesak begini..no choice. Aku tahu dia temberang... Tak mengapalah..jgn sakitkan kepala..fikir mudah..anggap sedekah je la..hari ini kita sedekah dan penuhi hajat orang, esok lusa mungkin Allah penuhi hajat kita. Sabar..sabar...

Interview, calon ada 13 org dan kesemuanya rakan sekuliah satu masa dulu. Apa lagi lama tak jumpa, bikin havoc la :). Semuanya spesis lawak yg mampu buat perut terburai. Dlm bilik menunggu pun boleh bikin havoc, ntah hapa2 ntah. Sampaikan Interviewer sempat bertanya pd calon, apasal kecoh..
Calon : Lama tak jumpa, tuan. Coursemate semua ni. 1 batch.
Interviewer : Oh..takpe-takpe...saya faham..

Aku..? Entah la..Jawab saja apa yg ditanya. Jika dpt..terasa juga ingin mencuba.

NOTA 3

Jam 2.30 pulang ! Tak sempat nak jumpa sahabat2 serumah sewa. Bersembang punya pasal terlepas susur masuk Senawang. Akibatnya terpaksa drive sampai ke Tangkak dan turun ke Segamat. Jauhnya pusing... Singgah di rumah abang aku kejap di Segamat. Jam 8.30 mlm bertolak ke rumah..Meter kereta menunjukkan angka 402 km. Letihnyaaa..
( Dlm perjalanan pulang 3-4 kali aku terlelap tika drive. 2,3 saat..taubat tak nak buat lagi ! )

~So itu la dia keje aku 3-4 hari lepas.
~Kepada Sepol..rajin2 la makan ubat. Maaf tak sempat nak ziarah.
~Tiada yg menarik setakat ni.
~Emosi tak berapa stabil la..Apasal ? Ntah la Labu...
~Kengkawan DU..sorry la tak sempat jenguk kalian
~Kaset Inteam'04 diputar sepanjang perjalanan. Dan aku yakin aku suka pd lagu Ku Serah Cinta yg diberi nafas baru tu berbanding lagu-lagu lain... Penangan lagu lama tak dpt dinafi lagi.

LAIN_LAIN CERITA

>> Semalam ada ceramah Isra' Mikraj di masjid. Budaya org Johor. Aku tak tahu la kat tempat lain macam mana. Sejak kecil lagi, tiap kali datangnya Isra' Mikraj masjid akan ada org berceramah tentang peristiwa itu.

Ceramah tiap2 tahun tapi tak tahulah banyak mana pengiktibaran yg dpt diambil, dengan Hiburan saban tahun kian menggila.hmm entahlah...Cerita pasal Isra' Mikraj tapi waktu solat selambe je langgar. Solat..apalah sangat kan..? Alhamdulillah belanjawan tahun ni tiada yg saja2 langgar waktu Asar...


Sunday, September 05, 2004


~Majalah MASSA. Bil : 155 ( 12-18 September 1998 )
Harga : RM 6
Ketebalan : 58 mukasurat
Status : ARWAH
Penerbit : Utusan Melayu Sdn. Bhd

~Sarat dengan komentar awal selepas pemecatan Anwar Ibrahim.
~Fungsi : Menyakinkan pembaca bahawa Anwar memang rendah moral. Ini tanggapan aku la.
~Di manakah majalah ini ? Ia telah ditalqinkan lebih awal drpd Anwar sendiri lantaran harga yg dikatakan terlalu tinggi. ( Actually aku sekali HARAM pun tak pernah beli majalah ni ).

~Kalian rajin ? Carilah majalah ini di Perpustakaan Negara ( Jika ia masih disimpan di sana la..) dan kita akan dpt melihat dan menilai..sejarah yg benar-benar sejarah. Peace utk semua !
SARI BERITA

Pembebasan Anwar masih hangat dibicarakan. Frontpage news utk akhbar Perdana. Tiada TAWAR MENAWAR...begitulah lebih kurang tajuknya. Bagi pemerhati tak bertauliah mcm aku..( Memang suka memerhati ) wait & see. Aku masih berkeyakinan bahawa tiada tawar menawar. Selain drpd peningkatan imej PM ( Yg sebelum ni byk juga calarnya ) belum dpt dipastikan apakah yg bakal berlaku selepas ini ( Selepas kesihatan Anwar bertambah baik Insya Allah ).

Cuma bagi aku..apa yg menarik adalah..dengan pembebasan ini maka terbukti sudah bahawa tohmahan yg dilemparkan kepada beliau adalah TIDAK BENAR belaka. Masih segar diingatan, kata2 seorang 'pemimpin' yg memecat timbalannya kerana timbalannya itu rendah moral ! Atau lebih detail nya..Anwar dipecat kerana melakukan hubungan seks, meliwat..( Rujuk Massa 12-18 Sept 1998. Bil 155. )

Bagi yg belum membuka mata seharusnya kita lebih terbuka. Menilai dr segenap sudut. Moga dpt membezakan antara kebenaran dan kebatilan. Moga akal yg dianugerahkan juga tidak dipersia.

~Bukanlah aku terlalu mengagumi Anwar, cuma rasanya aku telah membuka mata & hati sejak melangkah ke IPT.
~ Ada seorang ustaz ( aku lupa namanya ..not sure ) pernah berkata insan seperti Anwar lahir / wujudnya 50 tahun sekali. Aku ? mcm biasa..wait & see...


KISAH AKU

~Baru 3 hari kembali menjadi warga asrama. Anak murid gembira dengan kepulangan ini ( Baik sangat ke aku ni ? Hahaha ). Pagi Jumaat, seperti biasa ada tazkirah oleh guru ( Mengikut giliran ) dan aku pula diminta ke depan utk menyampaikannya walhal sepatutnya guru lain. Dah lama tak berucap.."Hantam sajalah labu ! " keratan akhbar berkenaan bab solat, menjadi penyelamat suasana. :)

~Sabtu, Ahad. Pulang ke rumah. Mencari bahan utk pergi interview Khamis depan. Kena study semula la, aku bukannya genius utk ingat semua fakta.

~Jaha menolak pelawaan aku utk ke KL. Ada kerja katanya ( Jadi driver saudaranya yg dtg dr Makkah ). Maka ada kebarangkalianlah aku memandu sendirian ke Putrajaya.

Lain-lain
  1. Lagu baru Inteam. Az-Ziarah. Melodinya mcm lagu Amar Diab, El Alimallah, Album Tamally Maak ( Lagu yg cukup popular di Bilik M106 satu ketika dulu ). Layan sajalah...
  2. Lagu KuSerah Cinta - Inteam, adalah lagu lama yg diberi nafas baru. Penyanyi asal adalah Kump Suara hati, Album Lambaian Kasih. Teringat masa mula2 melangkah ke Kampus Hijau, asyik layan lagu ni je. Lagu Favourite Jiji nih.Tak percaya ? Sila tanya Roslan Suyot la. Aku ? Menyukai kedua-dua nafas @ melodi lagu ini...
  3. Sahabat aku dengan bangganya memberitahu aku melalui SMS " Aku tengah layan mp3 Inteam'04..Blues gak dibuatnya.Aku dpt rm5. Cetak rompak. Hidup Lanun!" ~La ada jugak kawan aku yg beli. Apa nak buat. Aku kempen belum cukup kuat agaknya :)
  4. Sahabat aku yg kahwin baru2 ini SMS " Saya di rumah Anwar ni. " Aku terfikir..la minah ni berbulan madu kat Damansara ke hehehe.
  5. Pagi Ahad. Berbual dgn sahabat aku yg rasanya antara sahabat2 yg terbaik, 40 minit di telefon. Apa dia buat sekarang ? "Min, aku nak interview jadi DO tak lama lagi, tapi aku nak jadi cikgu jugak la" Hohh..biar betul..? Moga kau berjaya la sahabat dlm apa jua yg kau lakukan. Lagi cepat kau kerja lagi cepat aku jadi pengiring kau :)
  • Kumat ajak aku masuk midastouch2u. MLM lagi. Aku bukan tak nak masuk,tapi malas nak pening kepala. Cukup la dgn Biospray je, walau slow yg penting bonus jalan. Buat Due..teruskan usahamu, kejayaan bersama-sama org yg rajin,Insya Allah. Buat Pais..bila lagi nak niaga surat khabar ? hehehe..aku lihat otak bisnes kau bertambah baik kini.

>>> OK la. Permisi dulu. Ada rezeki, umur, aku sambung lagi. Mungkin di KL ada cerita baru siapa tahu ? <<<


Thursday, September 02, 2004

ANWAR BEBAS

Alhamdulillah. Moga saki baki keadilan yg ada di MAlaysia ini terus subur hingga kita semua mengadap-NYA.

2 Sept 1998 beliau dipecat drpd jawatan TPM dan segalanya..2 Sept 2004 beliau dibebaskan oleh Allah drpd ketidakadilan manusia. Moga tiada sebarang hidden agenda.
Peace utk semua !